Wednesday, November 30, 2011

I think I'm in love

With all these! With Breaking Dawn's soothy and beautiful melody. With the fact that they're still together after all of these years.


"Cause there'll be no sun light if I lose you baby,
cause there'll be no clear sky if I lose you baby,
and just like the clouds my eyes would do the same,
if you walk away, everyday it will rainnn... rainnn.... rainn...."



from Edward to Bella
"I have died everyday waiting for you,
darling don't be afraid I have love you for a thooouuuusand years,
I've love you for a thooouuusand years."

The dazzling Garden/Woods wedding with tons of white flowers
The love that never dies
The fact that Edward will do anything, and I really mean anything to make sure Bella is safe.
I need that. I need a guy who is afraid of losing me. The one who will do anything to make me stay. The one who will literally cry if I walk away. The one who will treat me differently from other girls. Like Edward with Bella. Like Ross with Rachel [in F.R.I.E.N.D.S]

Ross stops Rachel from leaving to Paris

Thursday, November 24, 2011

Biase laa, budak U

Pagi tadi ada test. Lepas tu pergi software lab sebab nak buat progress untuk AI [artificial Intelligence]. Ingatkan pukul 12.30 boleh lah balik rumah. Tiba-tiba pukul 12 dapat text
"Petang ni pukul 2 kita buat video. Mintak tolong datang".
Oh itu video untuk MGT [Business management] by the way. Aku macam sikit kecewa sebab tak boleh balik rumah awal, tapi takde lah kecewa sangat sampai rasa nak mara orang.
Buat video untuk jualan menatang ini

Aku tunggu pukul 2 kat surau level 16. Mata memang ngantuk. Semalam kurang tidur sebab stadi untuk test pagi tadi. Nak tidur tapi masa tu dah nak pukul 1 ptg, orang nak solat. Aku duduk. Tidur duduk. Bayangkanlah betapa ngantuknya aku. Aku tunggu, nak bangun solat pukul 2. Tiba-tiba dapat text
"Pembetulan, buat video malam ni pukul 9.30"
Aku dah berapi didada mase tu. Fikirkan aku sepatutnya boleh balik awal lagi. Fikir kereta aku mesti kena block dengan kereta lain, dan aku tak boleh nak minta tolong si Ding Ding sebab mestilah mase tu dia takde kat fac lagi. Aku reply text tu
"Ang niiii sengaalll laaa"
 Tapi bos aku dengan releknya menjawab
"Ye"
Aku pun pergi kereta. Panas. Nak tolak kereta. Nasib baik slope tak curam. Aku sampai rumah, tengok adik dan adik-adik sedara aku tengah menjamu selera. Adik Erie tanya;
"Macam mane test tadi, boleh jawab?"
Aku terus cool down tengok mereka semua tengah makan. Aku jawab;
"Boleh laa"
Adik Erie tanya lagi;
"Dah tu malam ni boleh laa main Saidina?"
Aku jawab;
"Esok ade presentation, malam ni kena siap-siap"
Adik Erie cakap;
"Macam-macam alasan"
Aku pun senyum sambil jawab
"Biase laa, budak U"

Sunday, November 20, 2011

Tintin, Alien and Robin




Tintin = The movie.

Alien = Orang yang makan assignment sebagai makanan ruji.

Robin = Because awesome fellas like us need awesome dessert to spill our guts.

I love you guys. It was a blast! Happy outing =)

Thursday, November 17, 2011

The genius handsome one!

Aku turun dengan niat ingin membantu mak memasak. Maklum lah bibik tiada, jadi sedikit handicap lah kami. Kami pun bercerita, dan seperti biasa mak akan  banyak bercerita dan aku banyak mendengar cerita mak. Tapi aku suka mendengar cerita beliau walaupun sudah mendengarnya berulang kali.

Tiba-tiba mak memberitahuku
"Nazmi dapat mumtaz", kata mak.

Aku pulak macam baru lepas tengok hujan coklat kat luar. Hey siapa yang suka coklat macam aku, mesti rasa terkejut mula-mula tapi lama-lama aku jadi sangat teruja. Wei adik aku dapat MUMTAZ PSRA!!!

Aku rasa hepi sangat untuk dia. Bila mak bagitahu peratus dia, aku sangat terkejut. Dia bukan pandai, dia genius! Dalam adik beradik aku, dia lah paling tinggi PSRA setakat ni. Kalah Mayah woo.

Hari ni, aku bangun dengan rasa tak sabar nak tahu result UPSR Nazmi. Dia tak pergi sekolah awal-awal, mak pon cakap takyah pergi awal-awal, pergi masa result dah nak keluar: pukul 10 pagi. Tapi sebab mak nak run some errands, mereka keluar rumah dlm 9.30pagi macam tu. Aku tak boleh nak ikut sebab ada kelas pukul 10.30pagi. Masa dalam kelas tu, walaupun lecturer agak scary, aku dok fikir pasal adik aku ni, camne lah result dia eh.

Aku text Nazrin, tapi Nazrin takde dengan Nazmi. Jadi, aku message lah Nazmi.

"Mi, dah dapat ke result?", aku tanya
"Belum", sepatah je dia jawab.
"Ohh haha jangan takuuut ehhh", saje nak saiko.
"Ok", aduyai adik aku sorang ni, mane boleh text orang 'ok' je, aku tak gemor betul orang text 'ok' je kat aku.  [tampar dahi]

Aku text Nazrin balik, lepas tu Nazrin bagitahu aku yang Nazmi dapat 5A. Aku memang dah dapat agak sebenarnye sebab beliau rajin buat latihan walaupun mak selalu bising dan ada 'tutor' segarang Mayah.

On the way balik aku singgah gerai IEEE dengan Sara sebab nak beli cupcake akak kezuheran buat, sedap dan menarik! Aku beli jugak untuk boy of the day: Nazmi dan jugak adik-adik aku yang lain. Upss, aku tak beli lagi hadiah untuk besday Naqib. Aku kena keluar lah ni nak beli hadiah untuk besday Naqib yang lepas. Aduyaii...

Aku balik rumah dengan eksaitednye, terus tweet


lepas tu Mayah pulak reply


Aku dah senyum geleng-geleng kepala. Macam-macam adik-adik aku ni hehe.

Haaa by the way, nak show off cupcakes yang akak kezuheran buat

Welcome to sesame street!!!

cookie monster!


Elmo!!!


Grouchy Oscar!


Comot monster!
boy of the day: the genius handsome one =)

Tuesday, November 15, 2011

Aku

sangat rindu kamu

Monday, November 14, 2011

Kisah metafora

Permata yang digilap


mawar berduri

Span


Kain sutera

pendrive+movie

Nice outing =)

Sunday, November 13, 2011

mimpi

Malam tadi aku mimpikan orang yang dah meninggal dunia beberapa minggu lepas. Dalam Inn yang Lorelai [Gilmore Girls] bukak. Tengah bersantai duduk-duduk minum teh sambil baca buku. Senyum je dia bila nampak aku. Macam biasa dia buat masa dia hidup kalau terjumpa aku.

Meja dia lebih kurang macam tu lah. Cuma lagi besar. And say hi to Sookie!!


Patutkah aku rasa pelik dengan mimpi aku tu?

Wednesday, November 9, 2011

Pegun




Monday, November 7, 2011

Berat

"Pokok pandan sudah berulat,
Tumbuh melata di tepi paya;
Kalau tuan hatinya berat,
Tambahan lah pula hati saya."



Friday, November 4, 2011

#815

Thursday, November 3, 2011

Tangga

Pagiku bermula awal hari ini. Sekitar jam 3.00 a.m. Itu pun kerana ingin menyiapkan kerja yang berkenaan dengan subjek hari ini. Membuat kerja berseorangan pada pagi-pagi begini memanglah seronok kerana otak sudah fresh hasil peraduan malam tadi.

Aku membuat kerja, apabila sudah terasa bosan sedikit, aku menonton cerita. Tertidur sehingga jam enam. Aku snooze telifon bimbitku sehingga enam suku. Kemudian aku bangun untuk solat subuh. Apabila keluar dari bilik, kulihat Naqib sedang duduk di tangga. Termenung bersendirian. Aku pon bertanya;

"Naqib, nape duduk kat tangga tu?"

Dan aku mendengar Naqib menjawab

"Naqib takut nak turun bawah."

Aku pon merasa pelik sebentar, kemudian aku sedar yang budak kecil itu sememangnya takut bersendirian.

Aku tidaklah ketawa, cuma tersenyum sendirian sahaja.