Thursday, November 17, 2011

The genius handsome one!

Aku turun dengan niat ingin membantu mak memasak. Maklum lah bibik tiada, jadi sedikit handicap lah kami. Kami pun bercerita, dan seperti biasa mak akan  banyak bercerita dan aku banyak mendengar cerita mak. Tapi aku suka mendengar cerita beliau walaupun sudah mendengarnya berulang kali.

Tiba-tiba mak memberitahuku
"Nazmi dapat mumtaz", kata mak.

Aku pulak macam baru lepas tengok hujan coklat kat luar. Hey siapa yang suka coklat macam aku, mesti rasa terkejut mula-mula tapi lama-lama aku jadi sangat teruja. Wei adik aku dapat MUMTAZ PSRA!!!

Aku rasa hepi sangat untuk dia. Bila mak bagitahu peratus dia, aku sangat terkejut. Dia bukan pandai, dia genius! Dalam adik beradik aku, dia lah paling tinggi PSRA setakat ni. Kalah Mayah woo.

Hari ni, aku bangun dengan rasa tak sabar nak tahu result UPSR Nazmi. Dia tak pergi sekolah awal-awal, mak pon cakap takyah pergi awal-awal, pergi masa result dah nak keluar: pukul 10 pagi. Tapi sebab mak nak run some errands, mereka keluar rumah dlm 9.30pagi macam tu. Aku tak boleh nak ikut sebab ada kelas pukul 10.30pagi. Masa dalam kelas tu, walaupun lecturer agak scary, aku dok fikir pasal adik aku ni, camne lah result dia eh.

Aku text Nazrin, tapi Nazrin takde dengan Nazmi. Jadi, aku message lah Nazmi.

"Mi, dah dapat ke result?", aku tanya
"Belum", sepatah je dia jawab.
"Ohh haha jangan takuuut ehhh", saje nak saiko.
"Ok", aduyai adik aku sorang ni, mane boleh text orang 'ok' je, aku tak gemor betul orang text 'ok' je kat aku.  [tampar dahi]

Aku text Nazrin balik, lepas tu Nazrin bagitahu aku yang Nazmi dapat 5A. Aku memang dah dapat agak sebenarnye sebab beliau rajin buat latihan walaupun mak selalu bising dan ada 'tutor' segarang Mayah.

On the way balik aku singgah gerai IEEE dengan Sara sebab nak beli cupcake akak kezuheran buat, sedap dan menarik! Aku beli jugak untuk boy of the day: Nazmi dan jugak adik-adik aku yang lain. Upss, aku tak beli lagi hadiah untuk besday Naqib. Aku kena keluar lah ni nak beli hadiah untuk besday Naqib yang lepas. Aduyaii...

Aku balik rumah dengan eksaitednye, terus tweet


lepas tu Mayah pulak reply


Aku dah senyum geleng-geleng kepala. Macam-macam adik-adik aku ni hehe.

Haaa by the way, nak show off cupcakes yang akak kezuheran buat

Welcome to sesame street!!!

cookie monster!


Elmo!!!


Grouchy Oscar!


Comot monster!
boy of the day: the genius handsome one =)

2 comments:

  1. Along, monster yg bwh sekali tu, pusingkan le gambo dia, cian dia.
    BTW, mak dah cakap kat Nazmi semalam lps dpt result PSRA dia, 'Tahniah Mi, Mak bangga sangat ngan Mi', dia senyum je

    ReplyDelete
  2. as salam..ak tag ko utk giveaway..ehehehe..jom join..btw, ak salah sorg membe sek dulu..ehehehe..ingt x agk2?ngeee~~

    ReplyDelete

Thank you and have a nice day :)