Thursday, November 3, 2011

Tangga

Pagiku bermula awal hari ini. Sekitar jam 3.00 a.m. Itu pun kerana ingin menyiapkan kerja yang berkenaan dengan subjek hari ini. Membuat kerja berseorangan pada pagi-pagi begini memanglah seronok kerana otak sudah fresh hasil peraduan malam tadi.

Aku membuat kerja, apabila sudah terasa bosan sedikit, aku menonton cerita. Tertidur sehingga jam enam. Aku snooze telifon bimbitku sehingga enam suku. Kemudian aku bangun untuk solat subuh. Apabila keluar dari bilik, kulihat Naqib sedang duduk di tangga. Termenung bersendirian. Aku pon bertanya;

"Naqib, nape duduk kat tangga tu?"

Dan aku mendengar Naqib menjawab

"Naqib takut nak turun bawah."

Aku pon merasa pelik sebentar, kemudian aku sedar yang budak kecil itu sememangnya takut bersendirian.

Aku tidaklah ketawa, cuma tersenyum sendirian sahaja.

No comments:

Post a Comment

Thank you and have a nice day :)