Just really need a place to rest my thoughts. Rasa macam dah hilang orang orang yang aku kisah, lepas habis belajar ni. Ada salah aku, aku tahu. Tapi aku rindu masa mereka semua ada.
Si dia diam aje. Sepatah aku tanya, sepatah lah jawabnye. Kadang kadang tak terpatah. Bila dia di rumah, kalau boleh aku mahu kurangkan gangguan kepada dia. Orang putih kata, maybe I come out too strongly. Atau mungkin, semua ni dalam kepala aku je. Siapa tahu, kan?
Salah seorang kawan rapat, pun begitu. Aku fikir sesuatu dah berlaku, bila tanya, bukan rupanya. Ada sebab lain. Aku cuba untuk mengerti. Kadang kadang kita tak sedar benda kecik yang kita buat mampu jadi benda besar untuk orang lain, sampai buat kita rasa kita hilang dia.
Kelmarin, Tiqa minta tolong aku alih barang dia ke kolej. Secara tiba tiba aku bercerita. Macam banyak bercakap nak banding dengan keadaan biasa.
Baru aku sedar, dah lama aku tak bercerita begitu. Dengan sesiapa. Orang orang kesayangan aku diam seribu bahasa.
Tapi bila fikir balik, kalau mereka benar kepada aku, mereka akan terima aku seadanya kan?
Jadi, disinilah aku bercerita. Kadang kadang habiskan masa dengan menonton supernatural. Naqib lah peneman setia. Kadang kadang bercakap jugak dengan sheldon. Tapi dia hamster, bukan faham kita.
Aku percaya things will be better. Lagipun minggu depan pun aku akan mula kursus 3p, jadi harapnye kuranglah fikiran gila macam ni.
Lagipun, Allah kan ada. :-)
No comments:
Post a Comment
Thank you and have a nice day :)