Wednesday, July 4, 2012

Cerry Berry

Assalamualaikum. Kali ni aku nak cerita pasal Naqib yang demam. Sebelum tu aku nak ingatkan, esok nisfu Syaaban, jadi banyak-banyak kan lah beramal malam ini oleh kerana malam ini malam nisfu syaaban.

Berbalik kepada Naqib, dah dua hari termasuk hari ni beliau tak ke sekolah. Semalam sakit kepala katanya, tak berapa nak panas. Hari ni, mak suruh aku bawak Naqib pergi klinik. Sampai di klinik, macam biasa Doc  Sabrina akan tanya
"Ok, sakit apa ni Naqib?"
Naqib pun malu malu kucing jawab
"Demam"
Lepas tu aku cerita lah kat doc yang Naqib ada berry berry lepas tu ada vomit vomit sikit. Doc pun tanya, dah berapa kali berry, Naqib jawab dalam dua kali macam tu.

Doc tanya lagi
"Dah berapa kali muntah?"
Naqib kata
"Pagi tadi muntah bukak sebab demam, muntah sebab bau 'berry' busuk sangat"
Doc pon terus tersenyum kecik sambil facepalm dengar jawapan Naqib yang bernas itu



"Eh pandai pandai je dia bagi sebab"
Aku dah tergelak gelak dah tapi sopan lah sikit, tempat orang kan.

No comments:

Post a Comment

Thank you and have a nice day :)