Sunday, July 29, 2012

Majlis mimpi

Semalam aku bermimpi. Diijab kabulkan. Aku nampak mukanya. Majlis yang sederhana, tapi cukup untuk buat aku bahagia. Iya lah, berkongsi hari paling gembira bersama insan insan yang bermakna.

Aku pakai baju gaun warna merah jambu. Diiring dari bilik ke tempat majlis berlangsung. Sepatuku tidak kelihatan. Kemudian tiba tiba ibu saudaraku mencadangkan satu sepatu lama. Aku bersetuju, walau sepatu itu kira kira tiga kali ganda saiz kakiku.
Sedang berjalan beriringan dari bilik ke tempat majlis berlangsung, tiba tiba aku dikejutkan untuk bersahur.

Selepas bersahur aku sambung lena [perangai pemalas jangan ikut]. Mimpi itu bersambung, tapi aku tidak ingat butirnya. Walau hanya mimpi, perasaan bahagia itu seolah olah nyata.

Aku kisahkan cerita ini kepada keluargaku. Mayah kata, mungkia dia juga mimpi begitu. Semoga itu petanda jodohku :-)
Aminn

2 comments:

Thank you and have a nice day :)