Kali ini biar aku bercerita. Bercerita cara kronologi.
Tarikh: 9 Mei 2013 [Khamis]
Tempat: Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam
Waktu: 4.45 petang
Aku berjalan dari Dewan Seri Budiman ke pejabat bendahari untuk membayar "mini transkrip". Ada banyak pintu yang bertanda pejabat bendahari, aku jadi keliru. Lalu aku turun tangga dan pergi ke tingkat bawah lalu masuk ke bilik itu.
"Assalamualaikum" kataku
"Waalaikumsalam. Ye dik, nak apa?"
tanya akak kerani disana.
"Nak bayar untuk mini transkrip. Bayar kat
sini ke kak?"
"Ohh, mini transkrip bayar kat tingkat atas
lah dik. Rasanya dah tutup ni". usulnya
"Ohh kat atas ke? OK terima kasih".
Lalu aku pun naik keatas dan seperti yang akak
itu katakan, pejabat tersebut sudah ditutup.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 10 Mei 2013 [Jumaat]
Tempat: Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam
Waktu: 11.00 pagi
Aku memasuki ke dalam pejabat dengan muka terpinga-pinga. Seorang akak menyapaku.
"Ye?" sambil memandangku.
"Nak bayar untuk mini transkrip. Kat sini
kan?"
"Haah kat sini. Kejap ye dik"
"OK"
"Mintak student id?" pinta akak itu.
Lalu aku memberikan student id aku dan dia cetak resit hasil pembayaranku.
Setelah resit dicetak barulah bolehku mengutip mini transkrip di fakulti.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 10 Mei 2013 [Jumaat]
Tempat: Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam
Waktu: 3.00 petang
Aku berjalan ke pejabat fakulti untuk mengutip mini transkrip tetapi nasib tidak menyebelahiku kerana pejabat ditutup atas urusan mesyuarat bersama orang atasan.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh: 14 Mei 2013 [Selasa]
Tempat: Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Shah Alam
Waktu: 2.40 petang
Sekali lagi, aku menapak ke pejabat untuk mengutip mini transkrip ku. Kulihat ada list yang perlu diisi lalu aku pun mengisinya. Disebabkan tiada sesiapa di kaunter untukku berikan resit pembayaran mini, aku membunyikan loceng dan seorang akak datang kepadaku.
"Ye dik?"
"Pasal mini transkrip ni"
"Ohh isi nama kat sini nanti kita letak kat
tray dalam 3 hari nanti ambik eh" kata akak tu.
"Ha akak, yang resit bayar mini transkrip
tu nak bagi kat siapa?" tanyaku
"Resit? Eh tak payah la dik, sekarang dah
takyah bayar, nape bayar?" ujar akak itu.
"Laa tak tau pon"
--------------------------------------------------------------------------------------------
Nota kaki:
- Perasan tak cerita ni ada 4 sesi? Kalau aku tahu yang tak perlu bayar untuk mini transkrip, cerita ni jadi 1 sesi aje.
- Kan tak payah bayar untuk mini transkrip tu, mana pergi duit yang aku bayar kat pejabat bendahari tu? Bukan kedekut tapi, faham tak, rasa ditipu?
magik jugak duit tu hilang macam tu je -_-
ReplyDelete