Wanita itu telah siap dengan bendera putihnya. Kemas terikat pada batang kayu. Akan dikibarkan bila-bila masa sahaja. Luka di tangan sudah sembuh sepenuhnya, parut pun sudah hilang. Jika dulu dia hanya berpura-pura tersenyum, kini dia benar-benar tersenyum bahagia. Bebas dari kekangan fikiran yang bukan-bukan. Tenang. Jauh daripada mimpi-mimpi tentangnya. Apatah lagi angan-angan.
Tapi tidak sekali-kali wanita itu melupakan kamu. Kamu tetap dihatinya. Mungkin tidak seistimewa dahulu. Tetapi lebih istimewa. Seperti kata orang Jawa "friendship comes deeper than love".
Wanita itu tidak menyesali tindakannya. Menyerah bukan bererti kalah. Akan tetapi bererti cukup kuat untuk melepaskan. Mungkin kamu atau sesiapa sahaja akan cuba merobekkan kembali bendera itu. Meruntuhkan tembok itu. Mungkin. Tetapi bukan wanita itu. Dia kini hanya menunggu.
|| Kamu lebih tahu, kan? =) ||
P/S: I just figure out what you're trying to do just now, and when I remember it, aww soo cute ahha... ;-)
dah laa sedang dengar lagu experimental orchestra time baca.
ReplyDeletekena betul.