Tuesday, August 31, 2010

Merdeka 53

Assalamualaikum and Selamat Hari Merdeka Malaysia!





Kawan-kawan, jom kita hadiahkan Al-fatihah kepada pejuang-pejuang tanah air yang sanggup menumpahkan darah demi tanah air tercinta. Tanpa insan-insan ini, kita takkan mampu berada disini, anda-anda takkan mampu berada disana walau dimana anda berada.

Merdeka bukan bermaksud bunga api dengan sambutan meriah. Bukan tunggu detik 12 malam lepas tu laung "MERDEKA MERDEKA", tanpa rasa apa-apa. Merdeka tu pembebasan diri daripada dijajah.

Aku tahu, kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi tak merdeka. Pernah tak dengar orang cakap;
"Eh orang Melayu punya filem bukan best pon, tak payah lah tengok",
atau
"Eh ko pehal letak bendera Malaysia kat kereta ni, gila semangat patriotik",
atau
Pernah tak tengok satu kawasan pasar malam lepas tu bila pasar malam dah tutup, tempat tu penuh dangan sampah?

Aku memang tak suka langsung orang yang buang sampah merata-rata ni walaupun kadang-kadang orang-orang kesayangan aku buat. Aku akan suruh dia kutip balik sampah tu atau aku akan kutip sendiri. Bukan nak tunjuk baik, tapi benda ni basic iman kita. Kebersihan sebahagian drpd iman. So kalau benda tu pon tak boleh nak jaga, macam mana ibadah besar yang lain??

Kes buang bayi. Aku memang bukan jenis manusia yang baca paper sebab tak suma benda dalam tu betul. Tapi takkan lah diorang nak buat-buat cerita pulak pasal bayi ni kan. Kesian kat diorang. Diorang berhak hidup. Ada kepala ada otak guna lah. Dah tahu benda tak elok jangan lah buat. Apa korang ingat lelaki tu nak bertanggungjawab ke bila korang mengandung? DREAM ON! Habis madu sepah dibuang. Lepas tu sepah tu pulak buang anak dalam longkang. Hah bagus sangat lah tu. Tambah dosa. Zina = 1 dosa besar + membunuh= lagi satu dosa besar. Lepas tu berangan nak masuk syurga.

Tak, aku bukan nak kata aku boleh tentukan sape masuk syurga sape masuk neraka tapi kalau korang jaga adab korang batas korang insyaallah benda-benda ni takkan jadi. Pergi lah mintak ampun daripada Allah. Bertaubat dengan taubat nasuha. Allah Maha pengampun. Tapi mampu ke korang lupakan anak korang yang korang dah buang tu? Mampu ke korang teruskan hidup tanpa rasa bersalah? Jangan nak tipu, tambah lagi satu dosa.

Tengok bila aku dah membebel, camni lah. Aku cuma nak ingatkan sesape yang bace benda ni. Aku tak mahu benda-benda macam ni nampak biasa kat negara kita. Malaysia: Negara Pembuangan Bayi Terbanyak di Dunia. korang bangga ke bila orang cakap macam tu?

Lain lah kalau orang kata Malaysia: Negara Pencipta Kereta Terbaik di Dunia. Atau Malaysia: Negara Pengeluar Koko Terbesar di Dunia. [koko pulak?] Biar lah, aku suka coklat muehehe.

Okay okay dipendekkan cerita, apa-apa pon yang korang nak buat, fikirlah kesannya dalam jangkamasa panjang. Jangan nak ingat seronok hari ni je, esok lusa menyesal tak sudah.




Sory termembebel panjang lagi. Tak nak bace, takpe aku faham =)


Sekian, salam merdeka.


p/s: doakan aku ade test statistik esok. eh bukan, doakan KAMI okay :=)

2 comments:

Thank you and have a nice day :)