Sunday, August 22, 2010

A wonderful weekend \(^_^)/

Apa-apa hal pun assalamualaikum dulu semua, harap sihat-sihat aje bulan pose ni. Aku nak bercerita ni. Pasal weekend aku yang sangat-sangat best. Ehehe. Dimulakan dengan bismillah~


19 Ogos 2010.
Ada majlis berbuka bebudak Spintar ari ni, kat Dataran Kemerdekaan. Hari tu aku jumpa Ady masa terawih, beliau jemput aku [ceh mcm VIP lak]. Aku pun cari lah geng. Ajak Am Latep. Ajak Kitton. Tapi semua macam berat je nak pergi. Lagipun Kitton ade meeting. Tak pe lah, tak payah lah pergi.


Tiba-tiba dapat idea gila. Ajak Sarah Adiba. Aku pon msg lah Sarah. Sarah orait je, tapi kena tanya parents dulu lah. Nasib kami baik, parents dia bagi. Apa lagi, tersenyum lebarlah aku nampak gigi. Khamis memang hari yang pack untuk aku. Kelas dari pagi. petang ada lab. Nasib baik minggu ni lab micro-p je, tak ada lah lama sangat. Habis lab tu, sempat lagi date ngan Snowman hak3.


Masa balik tu, aku hantar Diba balik rumah sebab beliau sorang-sorang. Lepas tu dapat msg daripada Sarah, dia dah sampai. Pergi kat KTM, nampak dia duduk belakang pondok telefon. Kejadah? Tapi eksaited lah dapat jumpa beliau, dah 2tahun kot tak jumpa. Ayat pertama yang aku dah predict :
"Ko ni macam kena pam-pam je"
haha siot kau Sarah! Kami berjalan-jalan kat bazar cari makan, lepas tu balik rumah. Masa tu lah jalankan misi pujuk memujuk. Mula-mula pujuk Kitton ikut sekali pegi majlis berbuka tu. Berjaya! Lepas tu Am. Malu konon. Tapi last-last pergi jugak. Masa fetch dorang tu, memang lah kecoh kereta aku. Mulut dah lenguh walaupun baru jumpa beberapa minit. Gelak, bercakap memanjang. Nak dijadikan cerita, kami buka dalam keta. Aww so sad. Pegi solat kat masjid negeri, pastu baru makan ramai-ramai kat dataran tu.


Someone is missing... UNA, we wish you're here.

Edit gune paint je.. huhu
Sarah gedik bersama cool-gate comel huahuahua (^_^)v
20 Ogos 2010.
Keluar lagi, berbuka dekat Mid. Tapi kali ni bertiga je. Aku Sarah dengan Yuyu, housemate Sarah dekat sana. Aku mengidam nak makan ikan salmon, kami pun pusing lah satu foodcourt tu cari salmon, siap kene ngorat lagi ngan abang kedai tu suruh beli nagn dia. ahha. Aku ada posing dengan ikan salmon tapi gambarnya kat Sarah. Nanti nanti lah ehh. Harap aku leh jumpa lagi Sarah sebelum beliau balik sana nanti =) . Masa balik sini, aku mintak tolong Yana amek aku memandangkan mak dah nak tido dah. Thanks alot Yana!! muahh...

21 Ogos 2010.
Hari ni aku lepak dekat rumah Nadirah Besh [ahha]. Dah berkurun tak pergi sana. Mesti diorang rindu aku keh keh keh. Dah lama tak borak-borak ngan kau Nad! nanti kita buka sesame ekk. Sebenarnya nak bincang pasal ayat Japang untuk oral test. Tapi siap tidur petang lagi kat sana. Kemain ekk.

Balik dari sana dah 5 lebih, singgah bazar dekat tasik tu. Terserempak ngan classmates aku bebudak lelaki yang hensem itu [perluke??]. okay itu housemates si Snowman. Tapi tak nampak pulak beliau. Tiba-tiba masa jalan-jalan tu dengar orang call, tapi masa nak angkat tu dah abeh call. Oh Snowman rupenye. Call beliau balik, lepas tu sambung lah cuci mata. Masa nak beli tau fu fa, tiba-tiba beliau muncul sebelah aku. Haha sejak bila kamu jadi Harry Potter ni haa? Kamipun berjalan-jalan lah sambil mencuci mata. Aku sempat lagi pau roti john daripada beliau muahaha [evil].


22 Ogos 2010.
Hari ni aku subuh gajah. Sangat tak senonoh. Lepas solat subuh tengok langit hitam, angin sepoi-sepoi puisi indah, memang lah menggoda aku tidur balik ni. Bangun dah tengah hari. Haishh anak dara sapelah ni bangun lambat-lambat, tak senonoh betol! Aku penuhkan hari aku dengan lab report je hari ni. Petang tu pergi bazar ngan mak ayah.


Nampak limo weh!!!


Korang mesti kata aku jakun kan? Biar lah, bukan tiap-tiap hari dapat nampak limo dekat Shah Alam ni. Rare taw. Lain lah kalau duduk Beverly Hills ke, limo tu jadi kete mainan je. Aku siap amek gambar lagi.


Ok lah dah macam diari pulak. Thanks for reading!! (^_^)

2 comments:

Thank you and have a nice day :)