Tuesday, August 31, 2010

Merdeka 53

Assalamualaikum and Selamat Hari Merdeka Malaysia!





Kawan-kawan, jom kita hadiahkan Al-fatihah kepada pejuang-pejuang tanah air yang sanggup menumpahkan darah demi tanah air tercinta. Tanpa insan-insan ini, kita takkan mampu berada disini, anda-anda takkan mampu berada disana walau dimana anda berada.

Merdeka bukan bermaksud bunga api dengan sambutan meriah. Bukan tunggu detik 12 malam lepas tu laung "MERDEKA MERDEKA", tanpa rasa apa-apa. Merdeka tu pembebasan diri daripada dijajah.

Aku tahu, kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi tak merdeka. Pernah tak dengar orang cakap;
"Eh orang Melayu punya filem bukan best pon, tak payah lah tengok",
atau
"Eh ko pehal letak bendera Malaysia kat kereta ni, gila semangat patriotik",
atau
Pernah tak tengok satu kawasan pasar malam lepas tu bila pasar malam dah tutup, tempat tu penuh dangan sampah?

Aku memang tak suka langsung orang yang buang sampah merata-rata ni walaupun kadang-kadang orang-orang kesayangan aku buat. Aku akan suruh dia kutip balik sampah tu atau aku akan kutip sendiri. Bukan nak tunjuk baik, tapi benda ni basic iman kita. Kebersihan sebahagian drpd iman. So kalau benda tu pon tak boleh nak jaga, macam mana ibadah besar yang lain??

Kes buang bayi. Aku memang bukan jenis manusia yang baca paper sebab tak suma benda dalam tu betul. Tapi takkan lah diorang nak buat-buat cerita pulak pasal bayi ni kan. Kesian kat diorang. Diorang berhak hidup. Ada kepala ada otak guna lah. Dah tahu benda tak elok jangan lah buat. Apa korang ingat lelaki tu nak bertanggungjawab ke bila korang mengandung? DREAM ON! Habis madu sepah dibuang. Lepas tu sepah tu pulak buang anak dalam longkang. Hah bagus sangat lah tu. Tambah dosa. Zina = 1 dosa besar + membunuh= lagi satu dosa besar. Lepas tu berangan nak masuk syurga.

Tak, aku bukan nak kata aku boleh tentukan sape masuk syurga sape masuk neraka tapi kalau korang jaga adab korang batas korang insyaallah benda-benda ni takkan jadi. Pergi lah mintak ampun daripada Allah. Bertaubat dengan taubat nasuha. Allah Maha pengampun. Tapi mampu ke korang lupakan anak korang yang korang dah buang tu? Mampu ke korang teruskan hidup tanpa rasa bersalah? Jangan nak tipu, tambah lagi satu dosa.

Tengok bila aku dah membebel, camni lah. Aku cuma nak ingatkan sesape yang bace benda ni. Aku tak mahu benda-benda macam ni nampak biasa kat negara kita. Malaysia: Negara Pembuangan Bayi Terbanyak di Dunia. korang bangga ke bila orang cakap macam tu?

Lain lah kalau orang kata Malaysia: Negara Pencipta Kereta Terbaik di Dunia. Atau Malaysia: Negara Pengeluar Koko Terbesar di Dunia. [koko pulak?] Biar lah, aku suka coklat muehehe.

Okay okay dipendekkan cerita, apa-apa pon yang korang nak buat, fikirlah kesannya dalam jangkamasa panjang. Jangan nak ingat seronok hari ni je, esok lusa menyesal tak sudah.




Sory termembebel panjang lagi. Tak nak bace, takpe aku faham =)


Sekian, salam merdeka.


p/s: doakan aku ade test statistik esok. eh bukan, doakan KAMI okay :=)

Monday, August 30, 2010

Why do they do that?



Problem with girls 
==> They make you believe they DON'T love you, but they DO.







Problem with guys
==> They make you believe they DO love you, but they DON'T.




If you really love someone, you'll NEVER set them free.


Of kos lah tak semuanya betul. Tapi for some reason aku suka gambar ni ehehe:




p/s: Sume quote ini diambil dari twitter =)

Sunday, August 29, 2010

Kau!

Wei kekadang aku rasa nak bunuh je kau bila kau buat post deep pasal girl yang kau suka tapi dia tak tahu, and the same girl komen kat post berkenaan. Warghh geram pulak rasanya. 


Hey dude, for God's sake,


TELL HER ALREADY!!






p/s: Aku sentiasa sokong kau dari belakang. :)
p/s/s: 2-3 hari ni aku banyak guna kata ganti nama kedua jadi tajuk post. Hehe jangan marah nanti kene jual! =D
p/s/s/s: amacam layout baru, stail tak?? :D

Saturday, August 28, 2010

hey you!

I can't just show that I didn't care,
We're best friends anyways...

Thursday, August 26, 2010

It's hard

=(

Wednesday, August 25, 2010

Stars and rocks

A shining star is far away and unattainable…

Between stars in the sky and the rocks on the ground, rocks seem like the better one.


Although the stars are pretty, we can’t reach them.


The rocks on the ground may seem dirty, but we can turn them into precious stones…






But sometimes, stars fall from the sky, those starry bits will become precious stones.




















-ayat Wam bg ntok aku hak3-

Tuesday, August 24, 2010

Epilog Bendera Putih

Saya dah berjaya kibarkan bendera putih tu... 
Thanks =)


Wanita itu telah siap dengan bendera putihnya. Kemas terikat pada batang kayu. Akan dikibarkan bila-bila masa sahaja. Luka di tangan sudah sembuh sepenuhnya, parut pun sudah hilang. Jika dulu dia hanya berpura-pura tersenyum, kini dia benar-benar tersenyum bahagia. Bebas dari kekangan fikiran yang bukan-bukan. Tenang. Jauh daripada mimpi-mimpi tentangnya. Apatah lagi angan-angan.


Tapi tidak sekali-kali wanita itu melupakan kamu. Kamu tetap dihatinya. Mungkin tidak seistimewa dahulu. Tetapi lebih istimewa. Seperti kata orang Jawa "friendship comes deeper than love".


Wanita itu tidak menyesali tindakannya. Menyerah bukan bererti kalah. Akan tetapi bererti cukup kuat untuk melepaskan. Mungkin kamu atau sesiapa sahaja akan cuba merobekkan kembali bendera itu. Meruntuhkan tembok itu. Mungkin. Tetapi bukan wanita itu. Dia kini hanya menunggu.




|| Kamu lebih tahu, kan? =) ||


















P/S: I just figure out what you're trying to do just now, and when I remember it, aww soo cute ahha... ;-)

Sunday, August 22, 2010

A wonderful weekend \(^_^)/

Apa-apa hal pun assalamualaikum dulu semua, harap sihat-sihat aje bulan pose ni. Aku nak bercerita ni. Pasal weekend aku yang sangat-sangat best. Ehehe. Dimulakan dengan bismillah~


19 Ogos 2010.
Ada majlis berbuka bebudak Spintar ari ni, kat Dataran Kemerdekaan. Hari tu aku jumpa Ady masa terawih, beliau jemput aku [ceh mcm VIP lak]. Aku pun cari lah geng. Ajak Am Latep. Ajak Kitton. Tapi semua macam berat je nak pergi. Lagipun Kitton ade meeting. Tak pe lah, tak payah lah pergi.


Tiba-tiba dapat idea gila. Ajak Sarah Adiba. Aku pon msg lah Sarah. Sarah orait je, tapi kena tanya parents dulu lah. Nasib kami baik, parents dia bagi. Apa lagi, tersenyum lebarlah aku nampak gigi. Khamis memang hari yang pack untuk aku. Kelas dari pagi. petang ada lab. Nasib baik minggu ni lab micro-p je, tak ada lah lama sangat. Habis lab tu, sempat lagi date ngan Snowman hak3.


Masa balik tu, aku hantar Diba balik rumah sebab beliau sorang-sorang. Lepas tu dapat msg daripada Sarah, dia dah sampai. Pergi kat KTM, nampak dia duduk belakang pondok telefon. Kejadah? Tapi eksaited lah dapat jumpa beliau, dah 2tahun kot tak jumpa. Ayat pertama yang aku dah predict :
"Ko ni macam kena pam-pam je"
haha siot kau Sarah! Kami berjalan-jalan kat bazar cari makan, lepas tu balik rumah. Masa tu lah jalankan misi pujuk memujuk. Mula-mula pujuk Kitton ikut sekali pegi majlis berbuka tu. Berjaya! Lepas tu Am. Malu konon. Tapi last-last pergi jugak. Masa fetch dorang tu, memang lah kecoh kereta aku. Mulut dah lenguh walaupun baru jumpa beberapa minit. Gelak, bercakap memanjang. Nak dijadikan cerita, kami buka dalam keta. Aww so sad. Pegi solat kat masjid negeri, pastu baru makan ramai-ramai kat dataran tu.


Someone is missing... UNA, we wish you're here.

Edit gune paint je.. huhu
Sarah gedik bersama cool-gate comel huahuahua (^_^)v
20 Ogos 2010.
Keluar lagi, berbuka dekat Mid. Tapi kali ni bertiga je. Aku Sarah dengan Yuyu, housemate Sarah dekat sana. Aku mengidam nak makan ikan salmon, kami pun pusing lah satu foodcourt tu cari salmon, siap kene ngorat lagi ngan abang kedai tu suruh beli nagn dia. ahha. Aku ada posing dengan ikan salmon tapi gambarnya kat Sarah. Nanti nanti lah ehh. Harap aku leh jumpa lagi Sarah sebelum beliau balik sana nanti =) . Masa balik sini, aku mintak tolong Yana amek aku memandangkan mak dah nak tido dah. Thanks alot Yana!! muahh...

21 Ogos 2010.
Hari ni aku lepak dekat rumah Nadirah Besh [ahha]. Dah berkurun tak pergi sana. Mesti diorang rindu aku keh keh keh. Dah lama tak borak-borak ngan kau Nad! nanti kita buka sesame ekk. Sebenarnya nak bincang pasal ayat Japang untuk oral test. Tapi siap tidur petang lagi kat sana. Kemain ekk.

Balik dari sana dah 5 lebih, singgah bazar dekat tasik tu. Terserempak ngan classmates aku bebudak lelaki yang hensem itu [perluke??]. okay itu housemates si Snowman. Tapi tak nampak pulak beliau. Tiba-tiba masa jalan-jalan tu dengar orang call, tapi masa nak angkat tu dah abeh call. Oh Snowman rupenye. Call beliau balik, lepas tu sambung lah cuci mata. Masa nak beli tau fu fa, tiba-tiba beliau muncul sebelah aku. Haha sejak bila kamu jadi Harry Potter ni haa? Kamipun berjalan-jalan lah sambil mencuci mata. Aku sempat lagi pau roti john daripada beliau muahaha [evil].


22 Ogos 2010.
Hari ni aku subuh gajah. Sangat tak senonoh. Lepas solat subuh tengok langit hitam, angin sepoi-sepoi puisi indah, memang lah menggoda aku tidur balik ni. Bangun dah tengah hari. Haishh anak dara sapelah ni bangun lambat-lambat, tak senonoh betol! Aku penuhkan hari aku dengan lab report je hari ni. Petang tu pergi bazar ngan mak ayah.


Nampak limo weh!!!


Korang mesti kata aku jakun kan? Biar lah, bukan tiap-tiap hari dapat nampak limo dekat Shah Alam ni. Rare taw. Lain lah kalau duduk Beverly Hills ke, limo tu jadi kete mainan je. Aku siap amek gambar lagi.


Ok lah dah macam diari pulak. Thanks for reading!! (^_^)

wekk

Nak update, banyak benda nak cerita... Nanti lah, malam2 sikit... Skarang baru lepas buka, xsolat ag teehee... ok cooleustary pergi solat nuh!

Wednesday, August 18, 2010

Bendera Putih

Dia memintal benang-benang putih itu disatu sudut. Penuh kesabaran. Putih itu sungguh menawan. Melambangkan kesucian. Adakalanya melambangkan perpisahan, kematian. Seringkali juga ditafsir sebagai menyerah kalah.

Dia terus memintal. Walau ekor-ekor mata memerhati penuh sinis. "Tidak waraskah wanita ini?" terlontar dari pandangan mereka. Lebih kejam ada yang mentertawakannya. Biarlah. Biarkan sahaja mereka. Mereka tidak memahami. Jauh sekali mengetahui.

Dia masih mampu tersenyum kepada mereka. Tidak lupa juga orang orang sekelilingnya. Dia berasa senyuman itulah satu-satunya azimat yang memberikannya semangat untuk terus berjuang. Walau perjuangannya hanya dengan memintal benang-benang itu. Menjadi bendera putih. Dia terus tekun supaya bendera itu siap tanpa sebarang cela. Dia masih tabah walaupun seringkali jarinya sendiri dilukai. Dia tetap berhati-hati agar merah darahnya itu tidak menodai kesucian putih bendera kaitannya.

Kendatipun luka itu terlalu perit untuk ditanggung, dia tidak mengalah. Airmata yang seringkali tumpah tidak langsung melunturkan kesungguhannya. Dia yakin, satu hari nanti bendera itu akan siap juga.





Dia akan berjaya mengibarkannya!

Monday, August 16, 2010

Kenapa Naqib?

Destinasiku adalah bilik air. Memandangkan bilik adik-adikku terletak bersebelahan dengan bilik air, aku pon singgah ke bilik mereka. Buka pintu. Mereka sedang menonton tv. Cerita Power Rangers. Mereka memandangku apabila pintu dibuka. Tiba-tiba aku tersedar sesuatu. Mata dan muka Naqib kemerahan.


"Eh, ini luar biasa", aku bermonolog sendiri. Biasanya yang menangis adalah Nazmi, gara-gara Naqib yang memang suka membuli beliau. Tapi kali ini berlainan pula keadaannya.


"Naqib, kenapa Naqib nangis ni, sape buat?" tanyaku.


"Mane adeeeeeeeeeee!", jawab Naqib sambil menyembunyikan muka beliau.


"Dah tu mata merah hidung merah tu bukan nangis ke?",  tanyaku kembli.


"Tak adeeeeee!".


"Cuba cite sikit kat along knape Naqib nangis ni", pintaku sambil mendepakan tangan. Naqib pun datang ke arah ku dan menangis di pangkuanku [ceh gila dramatik].


"Naqib sedih la along", kata Naqib.


"Kenapa, Naqib sedih sebab pe?", tanyaku, sambil mengusap belakang Naqib cuba menenangkannya [p/s kakak mithali ni ehehe].


"Naqib sedih tengok cerita ni", kata Naqib sambil jari telunjuknya diarahkan ke tv tersebut.


"..." (-_-")

Sunday, August 15, 2010

Apparently

Ubat itu bukan ubat lagi, sudah hanya menjadi racun.

I am not your 'her', but you're still my 'him'.

Bertahan lah wahai jiwa...

Rasa macam nak angkat bendera putih lah.









p/s: Post kat bawah ni aku tulis dalam keadaan mamai baru bangun tido. Hebat jugak kejiwangan wlaupon mamai hak3.

Saturday, August 14, 2010

Jangan Kejutkan Aku

Duhai jantungku,

Mengapa kau hadir dalam setiap mimpiku?
Menganggu tidurku.

Ketahuilah sesungguhnya mimpi bersamamu lebih indah daripada realiti tanpamu.

Rasa seperti ingin sentiasa bermimpi, jangan kejutkan aku.

"Kucuba setabah hati melupakan dirimu dari ingatan, tapi semakin dicuba semakin rindu" -Tilu, ku bukan aku-

Aky berjaya undate gne hp... Woot woot!

Friday, August 13, 2010

Mengarut mengarut mengarut



wah wah wah cantik lah nombor post aku haha...
kecoh benar padahal post baru 123, post yang ni dah jadi 124.
Korang yang lain mesti lagi banyak kan?? :)

Amacam korang puasa dah nak masuk 3 hari ni, okay tak? Harapnye tak adelah yang pengsan sebab puasa ni. Harapnye takdelah yang kumur lama-lama, aihh makruh puasa nanti. Harapnya takdelah membeli makanan berbuka macam membeli stok untuk darurat setahun. Harapnye takdelah yang makan banyak sangat sampai termuntah masa solat nanti.

Jangan nak ngelat-ngelat, bak kata sorang member aku dari member dia, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam pun pergi berperang masa bulan puasa. Kalau setakat jalan tak sampai sekangkang kera nak pergi kelas pun malas, malu lah dengan orang zaman dulu.




Wednesday, August 11, 2010

Trivia Buka Puasa #1

Naqib: Mak, ada tak orang yang tak pernah makan apa-apa tapi hidup?

Mak: Orang yang nak hidup kena makan. (-_-)"

Ayah: Ada. [lalu kami pun memandang ayah]. Lepas tu dia mati.

Ahahaha =p

Sunday, August 8, 2010

Minda melayang fikiran tak tenang




Bila hati tepu dengan rindu...

kamu...

Thursday, August 5, 2010

Bulan Cahaya

Assalamualaikum...

Dah nak Ramadhan. Tak tahu nak tulis pe. Ha, Selamat berpuasa dan beramal ye kawan-kawan, rebutlah peluang sekali setahun ni, tak tahu lah tahun depan sempat jumpa tak. Bak kata Laksamana Sunan, mati itu pasti, hidup itu insyaallah.

Yang selalu merendek ngan pasangan masing-masing tu, bulan Ramadhan ni pause lah dulu, kurangkan lah dosa korang. Mengumpat segala bagai, dan macam-macam lagi dosa-dosa yang kita tak perasan kadang-kadang tu, muahasabah lah diri sendiri. Aku pon bukan lah baik sangat, manusia biasa macam korang gak, ada dosa pahala.

Masa berbuka tu, jangan lah yang nak makannya sorang je, tapi hidangan penuh meja. Dah jadi makhruh sebab ikutkan nafsu. Dan mungkin akan jadi dosa sebab membazir. Solat lambat, tak pergi terawikh. Rugi sangat-sangat kalau tak pergi terawikh. Kita bukan boleh terawikh bulan-bulan lain. Pernah ke korang terawikh bulan Rabiul awal?? Muharram?? Ramadhan ni jelah.

Lagi satu, sahur. Aku tahu ramai yang malas nak bangun sahur, aku pon macam tu. Sampai mak aku kena kejut berkali-kali nak suruh bangun tu. Tapi sekurang-kurangnya bagun lah, paling koman pun minum lah air. Sebab sahur lah yang membezakan puasa orang Islam dengan agama lain. Kalau tak sahur tu, fikir-fikirlah sendiri. Lagipun sahur tu boleh lah menampung perut korang masa siang nanti, insyaallah.

Haa cerita pasal sahur ni, macam-macam kerenah, macam-macam cerita aku dengar. Yang paling berkesan kat hati aku, kisah Pak Su aku masa kecik-kecik. Mak yang cerita. Masa tu dalam lingkungan umur sekolah rendah. Pak Su aku pulak baru nak belajar berpuasa. Beliau macam eksaited lah dengar pasal sahur ni, first time lah katakan. Rasenye beliau tak tahu pon sahur tu pe. Beliau pesan kat arwah Tok aku [al-fatihah] suruh kejut sahur.

Nak dijadikan cerita, bila dah siap panaskan lauk sume-sume, arwah Tok aku pon kejut lah Pak Su aku ni. Beliau bangun lah menuju ke dapur dengan perasaan inkuiri yang tinggi berkobar-kobar untuk mengetahui apakah sahur itu. Selangkah ke dapur, beliau terpandangkan adik beradik beliau sedang menjamu selera, masing-masing dengan muka yang mengantuk serta air liur basi dan peta Malaysia di muka [hehe jgn marah mak].

"Cih, makang nasik!",[orang Ganu]  kata beliau lalu menapak semula ke bilik untuk menyambung tidur. hahaha =))

Ade lagi satu peel adik-adik aku ni, tak nak lah bagitahu yang mana, kalau bangun sahur je mesti pakai spek hitam. Makan sambil pakai spek hitam pagi-pagi buta, apakejadanye? Sebab silau lampu hehehe.

Ok lah, selain tu aku nak susun sepuluh jari kaki tangan nak mintak maaf kat korang yang baca ni [kalau ade] kalau ade perkataan perbuatan mahupun kata hati yang mampu menyakitkan korang dari segenap cara mahupun ruang. Kalau aku ada hutang korang, meh la sini tuntut, aku pun bukannya notebook boleh ingat semua benda. Kalau tak puas hati jugak rasa nak tumbuk cubit sepak pon mari lah jumpa aku, kalau berani buat lah muahaha.

Okay lah [lagi] sebelum aku merepek dengan segala kerepekan molek lah kiranya aku berhenti. Sekiann~




p/s: Ada free seminggu sebelum raya. Plan nak buat kuih raya ehehe. Kuih pe yang best ehh??

Sunday, August 1, 2010

Magik



Kamu merajuk ke dengan saya?

Tak pun, mana ada. Saya tak boleh merajuk dengan kamu.

Kenapa?

Sebab... Kalau rasa marah ke kecik hati ke sedih ke dengan kamu, bila nampak kamu atau dengar suara kamu atau baca message kamu, rasa-rasa tu semua hilang. Automatik.

Eh macam mana tu?

Entah lah ask yourself. Kamu pakai magik pe yeh kat saya?


(,") (".)


























p/s: Ini jawapan sebenar saya. =)

p/s: Orang kata racun itu penawar. I've found my antidote ehehehe ==> gedik lagi