Thursday, December 20, 2012

Kalau kita suka orang tu,

play sebelum baca. kalau nak feeling2 sikit. haha




Tadi, aku keluar berjalan-jalan dengan kawan. Kami berborak banyak topik. Kemudian tiba ke satu topik, kawan aku mula bercerita.

"Aku kalau bercinta, biasanya orang tu (lelaki) akan approach dulu, kemudian aku bagi dia peluang dan pupuk rasa sayang kat dia. Aku tak pernah rasa macam mana kita suka kat orang, lepas tu dia suka kita balik."

Aku senyum. Ya, aku tahu perasaan itu. Kawan aku bertanya;

"Macam mana eh perasaan kita suka kat orang tu?"

Aku senyum lagi. Aku mulakan jawapan aku dengan

"Best. Best sangat"

Kemudian aku tersenyum sendiri. Wajah dia bermain di mata.

"Tapi exactly, macam mana eh perasaan dia?"

kawan aku bertanya lagi, masih belum berpuas hati.

"Dia macam ni. Kalau kita suka kat orang tu,

... kalau hari tu, kita pakai baju yang sama warna dengan dia, kita akan rasa excited sangat...

... kalau dia message kita, kita akan teruja sangat...

... kita akan rasa seronok bila dapat tahu sesuatu pasal dia, walaupun benda kecil...

... kalau kita ada dekat dengan dia, hati kita akan berdebar-debar. Walaupun kita tak tahu pun dia ada dekat kita, hati kita akan tetap berdebar-debar..."

Kawan aku cakap

"Bestnye rasa macam tu. Macam dalam buku cerita je",

Aku menjawab

"Haah, perasaan dia macam dalam buku cerita. Cuma, buku cerita tu ideal sangat, tapi macam tu lah lebih kurang"

Seingat aku itu sahaja lah yang aku cakap tadi. Biar aku lebarkan bicara lagi

... Kalau kita suka orang tu, kita tengok dia pon kita akan rasa gembira.

... Kalau kita ada masalah, kita akan cari dia. Sebab banyak mana pun masalah kita, kalau kita ada dengan dia, semua tu akan hilang.

... Kita akan sentiasa rasa selamat kalau ada dengan dia.

... Kalau ada orang bercakap pasal dia, kita akan senyum macam orang gila.

... Kalau dengar lagu cinta, kita akan terbayang muka dia.

... Kalau dia jauh, semua benda akan buat kita teringat kat dia.

... Kalau dia bercerita pasal kawan dia yang berlainan jantina, kita akan automatik rasa cemburu walaupun kita tahu mereka hanya kawan.

... Kalau kita terjumpa atau berjumpa dia, bila tiba detik kita kena pulang kerumah, hati kita akan rasa berat sangat. Lepas tu kita akan saja cari alasan supaya kita dapat meluangkan lebih masa lagi dengan dia.

Aku tahu, mungkin tak semua orang bercinta akan rasa macam tu. Dah aku tahu, aku antara yang bertuah sebab ada peluang untuk rasa perasaan tu.









Dan untuk itu,





Terima kasih, yang berkenaan :-)

Wednesday, November 21, 2012

"I'm sorry"

Ever had one of these days?

When some other person that you care about makes you feel gloomy. Then you feel like sulking like a little baby. You demonstrate some protest. Cold or silent treatment. Act like you don't care about that other person when the fact is you keep checking their facebook page or twitter.
And now you're smiling thinking how stupid you're acting.

You check your phone every second, hoping that other person will call you or text you. Every time your phone makes a sound and movement, your heart jumped hoping it was that other person.
Then you feel sad when its not.

You're aware that sometimes you hurt that other person. You know that you have your own defects too.
But all you need is some short span of attention, you think
"Is it so hard to give some?"
You miss that person but too stubborn to admit it. When finally your phone is ringing and that person's name on the screen, you smile from ear to ear. But wait, you still play hard to get.
You try to play it cool, when you are actually too excited.

Then you realize how childish you are to sulk like a baby, but people say that
our heart becomes like a jelly with the person that we care about.




p/s: erghh sorry for the crappy writing, I've lost my touch T_T

p/s: I've never heard the saying anywhere actually, I made it up haha

Sunday, November 4, 2012

Merapu

Minggu lepas, aku habiskan masa dengan menonton semula cerita underground Melayu bertajuk 'KAMI'. Aku suka cerita tu sebab menampakkan realiti kehidupan kita, dalam masa yang sama tak keterlaluan atau 'over' sangat. Lagu pon best-best.

tengok lah, kat youtube pon ada hehe

Terfikir, tak guna duit berguni tapi hati tak senang. Tapi kalau takde duit langsung pun susah jugak. Ye lah, zaman sekarang ni semua nak duit. Berak pon nak kena bayar air. Ayat cliche.

Hujung minggu ni agak hectic untuk aku emotionally and physically. Alhamdulillah semuanya ok sekarang. Aku baru sedar, aku sebenarnya tak perlukan sesiapa macam aku perlukan parents aku, especially mak aku.

Aku belajar duduk bangun bertatih berjalan makan minum berak kencing mandi menangis semua dengan mak aku. Aku sebenarnya tak tahu kenapa aku merepek je malam ni. Aku ingat aku akan rasa rindu tapi, entah lah. Kosong je. Tadi kat twitter aku ada nampak orang tweet macam ni:

: The day we stop crying is the day we stop caring.”

Buat aku berfikir panjang. Orang kata, dengan ujian dan kesakitan, kita akan jadi lebih kuat. Tapi pernah tak korang terfikir, sebenarnya bila dah selalu sangat sakit, kita akan terbiasa dengan kesakitan tu, sampai kita rasa tu satu benda biasa. Immune orang putih kata. Macam pedas, harini makan cili kau rase pedas, esok kau rasa biasa. Aku mungkin dah tak sakit. Atau dah terbiasa dengan kesakitan tu. Mungkin hati dah keras sebab banyak dosa. Entahlah. Mana satu pon aku tak tahu.

Aku tak tahu mana haja tuju post ni. Sepatutnya ada kerja kena siapkan tapi aku stuck. Hilang minat, sekaligus hilang idea. Aku tahu penulisan itu penting bila kita buat projek, cuma hati aku bukan ke arah penulisan teknikal. Aku cuba untuk suka.

Sekarang Shah Alam selalu hujan. Aku memang dah tak ingat apa aku blaja geog dulu, tapi aku rasa sekarang tengah musim monsoon. Sejuk bukan main. Aku pun berselubung selimut ni. Tiap-tiap petang hujan.

Banyak sangat gadgets pun pening kepala jugak. Buat aku rasa macam membazir sebab ada tapi tak guna. Guna pun untuk main game. Sampai sekarang aku tak faham, apa fungsi gadget berbentuk tablet tu? Tak kisah lah Galaxy tab samsung ke, Ipad ke. Aku rasa cam orang kaya lak beanyak ggadget ni. Satu teman tidur, satu teman tengok cerita, satu jadi telefon setia. Aku tak faham macam mana orang boleh ada banyak-banyak gadgets ni, korang buat apa hah?

Ha, haritu aku tengok semula cerita "He's Just Not That into You". Cerita tu pon menarik. Aku suka konsep cerita macam tu. Message dia jelas dan watak semua orang famous amos. Ada sesetengah orang tak minat, complicated katanya. Aku rasa biasa aje. Atau sebenarnya, aku yang complicated?

Cerita ni banyak cerita pasal relationship. Ajar kita melihat dari sudut yang lagi satu. Tambah pulak, ada Jennifer Aniston. Cerita adaptasi daripada buku. Bukan buku jiwang, I assume. Tapi still, chick flicks lah. Lelaki tak minat cerita macam ni biasanya.

Baiklah, sebelum uretra daku meletus macam belon nipis, ada baiknya aku stop. Thanks for reading.

Taraaaa~

Wednesday, October 17, 2012

Telur dadar

Aku dengan Naqib sedang menonton cerita conan sambil Naqib makan. Dia makan nasi berlaukkan telur dadar dengan kicap. Aku pon mintak lah telur dadar tu sikit kat Naqib.

Aku: Naqib, nak sikit telur.

Naqib pun suapkan aku telur tu. Lepas tu dia bagitahu aku

Naqib: Ni Naqib yang masak ni.

Aku: ohh yeke??! Patut lah sedap

Naqib: Tapi bibik yang terbalikkan

Aku: ohhh. Tapi Naqib lah yang pecahkan telur sume2 eh?

Naqib: Tak, bibik yang pecahkan telur.

Aku: eh, dah tu Naqib buat pe? Betul ke Naqib yang masak ni? [sambil tersengih]

Naqib: Naqib masak laaahhh

Aku: Ohh Naqib yang letak garam ehh?

Naqib: Tak ingat. . .

Aku: Erkk...

Monday, October 8, 2012

Still...

Its been 3 days since the time space continuum ultimatum. Surprisingly I manage to not text or call the person involved [you know who]. Usually these buffers will refreshen 'our' spirit and makes us even closer after the buffer time is over.

But its hard, really really hard not knowing what he's doing or how is he. The only decent thing I can do is pray to Allah to always protect him and put him at ease with whatever conflict he is dealing with. The silence breaks my heart though.

I wish I could be this strong until the end of the waiting period.

Hopefully it will end soon.

Cheers! (^_^)v

🎶"ohhh these times are hard, they were making us crazy don't give up on me baby"🎶

Thursday, October 4, 2012

Time and space continuum


"Ross: I mean it's... it's kinda far from work, but, uh, you know, I'll get so much done on the commute. I... I've been given the gift of time!

Chandler: Now, that's so funny, because last Christmas I got the gift of space. We should get them together and make a continuum."

All these years, I squeeze my brain hard to understand one of A'llah's creation: man. Not the ordinary kind I should say.

It seems like they're not the kind that wants or realize that they need companion when they're upset and depressed, so I decided to give the time and space continuum a try.

I tell myself, leave him alone for a while, thats space.

Don't bother him until he approaches you, thats time.

So you, my dear can build a time-space continuum like Chandler and Ross!

Maybe that's the best way they recover? I hope so. You'll bounce back eventually, its just the matter of time.

Until next time, I'll see you when I see you =)

Tuesday, October 2, 2012

Don't you?

I feel like I always tell you even little things that happen in my life because I don't want you to feel like I don't trust you.

When you suddenly show to the world that you're sad and I ask what's wrong and you don't want to tell, feels like you don't trust me at all.

Maybe you don't want to bother me with it, but you hurt me deeply.

I feel like I've shown that I care enough about you, why don't I deserve some amount of trust from you?

WHY?

Sunday, September 23, 2012

Tunku

Pagi tadi aku, Mayah dan Naqib pergi ke pasar ikut mak. macam biasa rutin mak, mula-mula order ayam, lepas tu pergi tempat ikan. bila dah pilih ikan, mak suruh dia siang. Semantara tunggu dia siang ikan, mak pergi cari sayur semantara kami pula tunggu lah ikan tu kat situ. Nampak lah upacara menyiang ikan.

Naqib pulak kejap pergi kat mak, kejap pergi kat kami. Kebetulan masa dia pergi kat kami, orang tu tengah buang sisik ikan guna benda yang macam banyak2 paku tu. Tahu kan?

Yang ni laah
Naqib pun pelik, dia tanya kami.
"Kenapa orang tu potong rambut ikan tu?"
Aku dengan Mayah dah tersengih lepas tu aku jawab
"Sebab ikan tu rimas rambut dia panjang"
Dia tanya lagi
"Tapi kenapa dia guna sikat?"
Aku terus lah kesukaan disitu dan terangkan kat Naqib yang dia tengah buang sisik ikan tu.

--------------------------------------------------------------

Bila dah nak balik dari pasar, mak beli apam balik [lagi]. Apam balik tu masih panas, mak letak atas perut dia sambil kami cuba pewangi yang baru beli untuk kereta Kia tu. Tiba-tiba mak kata
"Eh panas benda ni atas perut aku, macam beranak je"
Kami macam pelik. Mayah pun tanya
"Kalau beranak panas ke mak?"
"Bukan, lepas beranak kan kena pakai tungku, kena panaskan dulu tungku tu"
Naqib tanya
"Macam Tunku Abdul Rahman ke mak?"
Aku kesukaan lagi, lalu Mayah cakap kat Naqib
"Naqib, sep sikit"

Tunku Abdul Rahman

Penang mariii


Last aku menjejakkan kaki ke Penang ni masa menghantar adikku Nazrin ke UiTM Permatang Pauh masa dia mula-mula buat diploma dulu. Tu pun tak lah berjalan mana. Mayah ada tanya boleh tak nak pinjam kereta aku untuk da pergi ke penang dengan kawan-kawan dia memandangkan Kia Spectra tu dah layak masuk kedai besi buruk, takut apa-apa jadi nanti. 

Tiba-tiba mak kata kawan Mayah dua orang tarik diri last minute, meninggalkan Mayah dengan sorang je kawan dia [lelaki]. Mak dengan ayah memang siang-siang tak setuju kalau mereka pergi Penang dua orang je, not morally sufficient. Jadi, mak suruh aku tag along, dengan mengofferkan diri sebagai sponsor aku kat sana. Bila fikir-fikir balik, best jugak kan. Aku pun setuju. Mak suruh ajak Nad sekali tapi Nad agak segan.

Maka bermulalah perjalanan kami ke Penang menaiki kereta Myvi terbang. Laju gila lah kawan Mayah si Julius Caesar tu bawak. tak sampai 4 jam kami dah berjaya jejak ke Jambatan Pulau Pinang tu. Terbang kaaan?

Sampai aje kat Penang, terus cari tempat nak makan. Kawan Mayah Mei Ling dan kawannye Lau Lau [yeke?] bawak kami makan, tapi disebabkan kami MASIH recover daripada diarrhea, selera belum datang lagi, plus aku dah makan macam-macam dalam kereta.

Taman botani
Lepas makan, kami menuju ke Taman Botani. Masa tu cuaca dah gelap-gelap romantik gitu. Kami jalan tapi tempat tu kecik aje, macam taman rekreasi biasa. Ingatkan besar sangat. Ke kami salah tempat? wallahua'alam. By the time dah habis jalan yang ambil masa lebih kurang 10 minit gitu, hujan pun jatuh ke bumi.

Hujan yang turun renyai-renyai, sikit-sikit aje.Straits Quay adalah destinasi yang seterusnya. Tempat ni macam shopping complex untuk orang-orang kaya nampak gaya, bila masuk kemudian keluar ikut pintu belakang, ada Marina kat situ. Banyak lah kapal-kapal lepak kat port tu. 

Marina Penang
Kami decide menuju ke Muzium P.Ramli lepas lepak kat Marina Bay itu. Masuk-masuk je muzium tu, orang tu terus tanya,

"Sekolah mana ni?",

Aih rasa macam nak peluk cium je haha tapi takdelah buat, sangat kontroversi hahaha. Macam-macam belajar pasal P.Ramli kat sini. Yang slack nye tak boleh nak ambik gambar.


Fort Cornwallis









Malam tu Kami berjalan-jalan ke Gurney drive. Tak tahu pulak lah kisahnye kat sana ada banyaak stall makanan. Kami dah dinner kat Old Town dah. Berjalan-jalan tu, jumpa lah satu gerai magik, kami ingat nak trngok barang je tapi dia terus buat magik show kat situ, terpana kami. Last-last Mayah beli satu set magik show performance. Bro tu pon ajar macam mana nak guna.
-----------------------------------------------------

Hari kedua...

Kami memulakan pagi kami dengan sarapan di Pelita! Ada kemungkinan tu lah Kedai Pelita yang ori. Lepas tu kami fetch Mei Ling di sekolah dia dan memulakan perjalanan dengan berjalan-jalan sekitar pekan [eh?] Georgetown. Kami pergi ke Chocolate Boutique. Masuk-masuk je diorang terus guide ke section-section yang ada kat situ sambil bagi kami rasa sample-sample chocolate yang ada kat situ. Chocolate durian pon ada. Chili pon ada. Aih terkenang lak masa pergi lawatan ke kilang Beryls tu, masa baru knal emm hehe. Lepas ke Muzium Chocolate, kami pergi dekat-dekat dengan Komtar tu. Niat hati nak lawat Muzium Chow Fatt Tze tapi dia ada waktu-waktu melawat tersendiri, kena tunggu. Kami kensel trip tu dan jalan-jalan sekitar Georgetown dan cari lukisan. Tak jumpa semua lah, jumpa sikit je.



Lepas jalan-jalan tu, kami pergi ke rumah Peranakan Baba Nyonya, besar jugak tempatnya. Lunch di  Prangin Mall, makan Mekdi. Gaya macam kat Shah Alam ni takde Mekdi pulak kaan. Dinner kami di Gurney Drive, tak banyak stall yang bukak, tapi ada jugak street performance daripada this lady.
Rumah Peranakan Baba Nyonya




Pasemboq Penang marii

Hari Ketiga...

Kami checkout daripada hotel dalam pukul 9 lebih macam tu, pergi breakfast. Hari ni, kami pergi ke Bukit Bendera. Subhanallah memang cantik permandangan kat atas tu.
Railway kereta api naik bukit bendera


Next stop:


Tempat beluncas 'berehat' sebelum jadi rama-rama







Kala jengking glow in the dark

Mentadak mentaduuuu
Cenderahati untuk diri sendiri hehe

Saturday, September 22, 2012

Kuantan

Pada 1 September yang lalu, daku bersama kawan-kawan UiTM ku, Nad, Azri dan Ila pergi ke Kuantan untuk memenuhi jemputan kahwin kawan kami Hakimah yang berlangsung pada 2 September 2012. Dah pergi jauh-jauh ni, mestilah nak berjalan-jalan kan. Seronok betul tengok pantai disana disini, rase macam nak cari rumah dekat ngan pantai je hehe. Pantai timur okay, pantai barat kurang menarik.

Hari Sabtu...

Sampai-sampai kami singgah rumah Kak Sarah and sweetheartnye [Abg?] Akramin, mereka jamu kami ikan patin masai gulai tempoyak. Boleh tahan lah kan. Lepas tu kami pergi check in hotel, "Luxury Hotel" nama dia, tapi emmm, no komen haha. Alhamdulillah lah ade tempat tidur. Kak Sarah ajak tidur rumah dia tapi alaa segan lah nak susahkan die, takut balik lambat ke hape, kesian kat die. Lepas check in, angkat barang, kami berjalan-jalan di pantai Teluk Chempedak. Encik Zaidi jadi tour guide nye. Subhanallah cantik betul pantai tu, beruntung orang-orang Pahang hehe. Mari kita usha sikit:








Niat hati nak tengok sunset, tapi sun kan set kat barat, kami kat timur, memang tak nampak lah sun nye. Nampak langit dah gelap je. Kami pun berjalan pulang ke kereta sambil berborak. Tiba-tiba Zaidi tanya kami pernah tak makan jeli ais. Semua tak pernah makan. Dia pun pergi belanja kami jeli ais. Wuuhh memang masyuk. Jeli ais ni ade 3 lapisan, bawah sekali lapisan jeli yang jernih, ditabur dengan ais parut ala-ala ABC, dicurah dengan koktel buah. Rasanya ada jugak buah yang orang kedai tu potong sendiri macam tembikai. Nak tambah masyuk lagi, perah limau kasturi. Terangkat beb! Sebelah ni lah gambar jeli aisnye.

Malam tu kami keluar untuk makan seafood. Dah datang tempat dekat dengan pantai, rugi besar lah kalau tak pekena seefood seraun. Banyak jugak lah kami makan, 2 ikan, 1 sotong goreng tepung, 1 sayur, 1pinggan lala. 5 orang makan. RM100 lebih je. Wei, kat Shah Alam ikan sekor je dah RM100 lebih. Memang berbaloi lah, Alhamdulillah pandai encik Zaidi pilih kedai.
Ikan aji aji 3 rasa. Eh ke sweet sour? Yummeyh

Sotong goreng tepung
Lepas makan, pusing-pusing bandar Kuantan sikit, lepas tu balik hotel. Memang pengsan terus lah sampai pagi.
-----------------------------------------------------------------------------------

Esoknya...

Aku terjaga dalam pukul 5.50am gitu. Nampak macam ada message. Aku view message, daripada Nad rupenye. Eh Nad kan ada sebilik ngan aku, takkan lah beliau keluar pulak. Rupanya beliau malas nak bangun. Haha.

Plan nak pergi mandi kat pantai, tapi ada miscommunication, tak jadi. Zaidi ada hal sikit, so tak dapat nak ikut. Hari ni Afiq Farami jadi tour guide kami. Keluar breakfast, makan roti canai dengan nasik dagang share dengan Nad. Lepas tu singgah pantai lain [tak ingat nama].



Lepas lepak-lepak kat pantai, dalam pukul 11 gitu kami pulang ke hotel untuk bersiap-siap nak pergi wedding Kimah. Kena checkout sebelum 12 tengah hari, tapi Kimah sanding lepas Zohor, so kami lepak kat mall kejap. Jalan-jalan, solat, lepas tu bertolak ke Annexe.

Sampai di Kuantan, Kimah tengah makan beradab. Cantik betul dia. Dapat lah tengok muka husband dia. ohh dia rupanya. Memang familiar hehehe. Jumpa jugak Dila, Pija, Bash. Bash nampak aku terus peluk hehe so sweet ini budak.

Lepas makan kat majlis Kimah, bergerak balik. Kami bercadang nak pergi rumah Shila alang-alang dah sampai Pahang ni. Rumah dia memang lah jauuuuhhh kedalam. Lepas pergi rumah Shila kami bergerak ke Temerloh, singgah rumah Sarah Aboba! Akhirnya sampai jugak rumah beliau  heee. Borak-borak sampai pukul 9malam baru bergerak balik Shah Alam. Dalam pukul 12 jugak lah sampai Shah Alam, alhamdulillah selamat sampai.

Sekian...

Banting

Rentetan daripada lawatan dua hari ke Kuantan tu, perasaan aku terhadap laut dan pantai benar-benar berubah. Aku jadi rindu kepada mereka. Gila bayang. Terfikir-fikir bila lagi boleh aku merasa keseronokan berada dekat dengan pantai lagi.

Beberapa hari selepas kami pulang daripada Kuantan, aku mendapat whatsapp daripada Atiqah Maksom mengajakku datang ke rumahnya. Dan kebetulan pula, rumah dia berada di banting, dekat dengan pantai Morib dan beberapa pantai lain yang kurang femes berbanding Morib. Aku jadi teruja, lalu mengajak Nad pergi bersama. Azri pun kuajak juga, bersama rakan-rakan lain yang aku tak tahu siapa yang masih ada di Shah Alam ni.

Disebabkan mereka pergi ke rumah Paan dulu dan kami [aku dan Nad] terus menuju ke Banting melalui lebuhraya yang baru itu [SKVE], masa kami sampai adalah berbeza. Aku dan Nad sampai dalam pukul 5 atau 6 lebih gitu. Kami solat asar kemudian terus ke Morib memandangkan Tiqa menjemput kami ke rumahnya pada sebelah malam.

Kami pun berjalan-jalan di pantai Morib sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini. Dan of course lah, camwhoring! Bezanya kami dengan makhluk lain, kami tak upload kat facebook gambar-gambar comel kami yang banyak itu ehehe.

Ini lah beberapa gambar hasil camwhoring itu:

Bak kata Nad, ala-ala Izzah cerita Ombak Rindu
Subhanallah


Izzah jugak lah hehe

Monday, September 10, 2012

Apam balik

Beberapa hari sebelum puasa, aku teman mak aku pergi pasar, beli barang dapur. Bukan macam Erra dalam cerita Los dan Faun, kami pergi pasar naik kereta aje bukan helikopter. Pergi Seksyen 16 aje bukan Cameron Highland. Naqib pun nak ikut. Jadi, kami pun pergi lah.

Pergi pasar, beli ayam, ikan, sayur, bawang-bawang dan buah-buah. Lepas tu beli makanan untuk breakfast. On the way nak letak barang dalam kereta, nampak pakcik jual apam balik. Ade apam balik coklat, aku pon berminat lah nak beli. Lepas beli tu kami masuk dalam kereta.

Naqib pulak macam confident je kami nak balik, padahal tak cakap pon nak balik. Tapi memang nak balik lah kan sebab dah habis beli semua barang yang patut. Aku pulak, dengan niat nak mengusik ke Naqib, cakap kat Naqib.

Aku: Eh Naqib nak pergi mane ni, kita bukan nak balik lagi.

Naqib: Eh yeke?

Aku: Ye laah, nak beli barang lagi.

Naqib: Tapi kan dah beli apam balik?

Aku: Kalau dah beli apam balik pun kenapaa?

Naqib: Dah beli apam balik, kena lah balik.

apam balik


. . .

Keyboard matrix

Kalau anda especially yang follow aku kat twitter ingat, laptop aku rosak betol betol masa aku tengah siapkan thesis sem lepas. Lepas tu aku hold dulu proses merepair laptop lantaran nak kejar tarikh hantar thesis. Bila dah setel thesis, aku pon pergi lah repair laptop.

Kalau korang ingat, orang yang repair laptop aku tu ambil masa tambah tolak sebulan jugak lah nak betulkan laptop aku yang screen rosak tu sebab katanya susah nak cari lcd model tu. Maklum lah, laptop daripada matrix tu (2007/2008)

Lepas depa repair laptop aku, ada masalah keyboard pulak. Aku pon pergi lah kat kedai tu balik sebab kalau pergi kedai lain confirm lah kena bayar kan.

Sambil dia check laptop aku, kami berbual [sebelum ni tak sempat berbual sebab sibuk marah dia lambat repair hehe]

Dia tengah berfesbuk masa aku sampai kedai dia

Aku: oh awak ade fesbuk jugak eh?

Die: haah [sambil tersengih]

Aku: awak dari mana eh?

Dia: Pakistan

Aku: ohhh

Lepas tu dia terangkan apa yang wrong dengan laptop aku

Aku tanya lagi

Aku: kenapa tak kerja kat pakistan je eh?

Dia: kat sana ada banyak gaduh. Bila bukak kedai, gangster minta duit. Selepas itu tuan kedai minta duit. Polis pun mau minta duit. Kalau bukak kedai, banyak rugi kak.

Aku: ohh macam tu ke? Kat sini talda ke?

Dia: *geleng

Ha tengok beruntungnye kite ni. So takmo lah gaduh2, rugi taw nanti. Sekian...
olaaa  there  ;-)