Friday, December 30, 2011

Day 12 → Something you never get compliments on.

Arr arr arr sudah lama aku memikirkan tentang ni. Banyak lah benda. Sebagai manusia, aku tak perfek. Tapi, tak terlintas benda yang spesifik. So, pass! :p

Saturday, December 24, 2011

Day 11 → Something people seem to compliment you the most on.

Bnde yang orang banyak puji aku?

Kecomelan aku

Serius wei, percayelaa haha.
Okay lah, taknak ulas bebanyak nanti kate aku riak pulak hehe. Tapi alhamdulillah atas kurnia-mu ini. =)

Testing

Saje nak testing testing testing hehe

Friday, December 16, 2011

Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know.

1 hari aku fikir benda ni, tapi tiap-tiap kali aku fikir, aku jumpa jalan buntu.

Sebabnye, walau cane pon kite tak suke orang tu,  orang tu akan mainkan impak penting dalam hidup kita. Contoh yang paling obvious sekarang, lecturer yang cerewet. Aku tak refer mane-mane lecturer okkay. Cube kite fikir, lecturer macam ni kan, mesti nak buat keje ikut spec die. Salah kena rejek. Semua benda kena perfek. Mungkin kita rase die menyusahkan hidup kita. Dah penat-penat buat, kena buat balik.

Tapi cube tengok dari sudut lain [anjakan paradigma]. Sedikit sebanyak lecturer tu dah ajar kite erti kesabaran. Die dah sediakan kite dengan cabaran mase bekerja. Cube korang fikir, sebagai customer, korang nak tak beli barang yang cepat siap, tapi sume benda salah? Tak nak kan? Kalau boleh nak yang biasa-biasa kelajuan die, tapi perfek. Lagipun, sesuatu benda tu, kalau kite dapat die ngan cara senang, kite akan kurang menghargai dia berbanding kalau kita usaha keras untuk dapatkan dia. Kan?

Haa itu baru cakap dari sudut lecturer. Kalau orang sekeliling? fikir lah sendiri.

Jangan lah kite harap kite tak pernah jumpa orang tu, tapi berterima kasih lah sebab orang tu dah bagi satu pengajaran berharga dalam hidup kita. =)

Thursday, December 15, 2011

Day 09 → Someone you didn’t want to let go, but just drifted.

Perkara ini memang sentiasa berlaku setiap mase, cuma orang dan keadaan berbeza.

Ade kawan yang kalau dah brape kurun pon aku tak bercakap ngan die, bile jumpe memang macam murai tercabut ekor. Ade pulak yang jumpa hari-hari pon, macam ayam betina bertelur. Ade yang selalu jumpa tapi jarang bercakap. Ade yang tak selalu jumpa tapi sesalu contact guna fesbuk atau text atau twitter.

Perkara macam ni sangatlaa sedih bile berlaku. Terutamanya kalau kite pernah rapat dengan orang tu. Kawan rapat. Lepas tu satu hari tibe-tibe die diam ngan kite. Kite ingat die ade problem yang taknak cite kat kite. Kite pon biarkan die amek masa. Tapi makin lama makin jauh. Sampai satu hari, macam stranger. Tengok dari jauh je. Tengok die gelak-gelak dengan orang lain. Tengok die makan dengan orang lain. Tengok die cerita-cerita dengan orang lain. Bila jumpa, die buat macam takde ape. Macam die tak pernah rapat dengan kite. Tak ke sayu hati?

Tapi situasi ni bukan lah ade kene mengene dengan orang yang bakal aku sebut ni. Meh kite tengok sape yang kena!

Fatin Hamiza Mohd Nasir

Hamik kau nama penuh hehe. Die ni besfren aku zaman sekolah rendah dulu. Besfren yang "friendship forever" tu. Alaa sekolah rendah kan, agak semangat sikit bab berkawan ni hehe. Petang-petang main basikal sama-sama.  Cerita pasal sape yg kami suka. Bila cuti je, mesti ade hari yang pergi rumah die. Die pon datang rumah aku.Tapi die ni baik sikit nak banding ngan aku lah. Kami macam Yin dan Yang. Die elemen baik and aku elemen nakal sikit.

Tibe-tibe masa hujung darjah 5, die kate die kena pindah pergi Salak Tinggi kat Sepang darjah 6 nanti. Punye aku sedih mase tu. Tapi tak boleh nak buat pe kan. Aku bagi die macam-macam. Jam. Surat. Alamat. Biodata.Supaya dia ingat aku. Die pon bagi jam die kat aku. Tapi tengok-tengok aku yang pindah sekali. Aku pindah sekolah seksyen 6. Sebelum tu aku sekolah seksyen 19. Mase tu, tak silap aku, kami masih contact masa cuti, tapi jarang.

Ni bukan surat dari fatin je aku simpan, dari dak-dak lain pon ade gak =D


From Fatin. Tu jam die bagi aku. Ade lagiiii.

Masa sekolah menengah, aku mula-mula masuk sekolah sek 11. Fatin dapat masuk asrama penuh, SEMSAS. Dari dulu lagi memang die nak masuk sekolah tu, alhamdulillah tercapai. Mase tu pon, kami contact guna surat je. Tapi budak hostel kan, asrama penuh pulak tu, sibuk. Bulan 8 mase form 1, aku pulak masuk asrama penuh. Alhamdulillah. Tapi 2-2 dah sibuk. Makin jarang hantar surat. Last dapat surat die mase form 2 tak silap aku. Lepas tu masing-masing berdiam diri. Bizi dengan hidup masing-masing.

Ade jumpa die mase form 4. Mase tu SBP buat Nadwah kepimpinan. Kebetulan sekolah aku jadi tuan rumah. Jadi kami student form 4 dikerah supaya tak balik rumah and jadi AJK. Fatin was one of the contestants. Ade jumpe, tapi tak borak panjang pon. Mase form 5, adik Fatin bernama Farah masuk sekolah aku. Ade jugak lah jumpe Fatin mase diorang melawat Farah.

Lepas tu jumpa kat fesbuk, jumpe blog die. Tapi kami makin jauh. Bile nak borak pon, dah tak tawu nak borak pe. End up, tanye kabar tanye pasal famili, pastu masing-masing diam. Aku tak salahkan die. Aku tak salahkan aku jugak. Mungkin sama-sama salah. Kami bukan bergaduh, cuma dah grow apart kan. Circle of friends pon dah lain. Kite tak boleh nak expect keadaan akan same macam mase kite stil same-same. Die pon dah berjaya capai cita-cita dia. Nak jadi doctor, insyaallah.

Tu lah sedikit sebanyak pasal si Fatin ni. Hope kalau Fatin bace, Fatin teringat kenangan kite dulu hehe.

Ade lagi orang lain yang aku tak sebut. Tapi cukup lah aku mention Fatin sorang. Karang jenuh pulak korang nak bace. =)

Tuesday, December 13, 2011

Day 08 → Someone who made your life hell, or treated you like shit.

Can I just, pass?

Oh yes I can.

PASS! =p



p/s: It's not worth it to even write about person like this =)

Monday, December 12, 2011

Day 07 → Someone who has made your life worth living for.

Semua orang yang pernah aku kenal, ekceli. Each and every person.Yang bagi impak positif mahupun negatif. Tapi biar lah aku narrow kan kepada beberapa orang yang spesifik.

Mak dan ayah aku.Tanpa mereka, tiadalah aku. Tanpa mereka, tak de lah aku tercongok depan laptop ni tulis benda alah ni. Alhamdulillah. Bak kate mak
"Kalau mak tak galok, mak tak dapat along", ehem ehem haha.
Adik-adik aku. Biasenye anak sulung macam aku ni, nampak macam kisah tak kisah je, tapi kami sangat sayang adik adik kami. (^_^)

Kawan-kawan aku, especially besfren yang rapat ngan aku. Nak sebut semua, memang lah penat daku.

Last but not least, my loved one. Cewaah aku jarang tulis pasal ni kan. But I love him =)

Aku sangat bersyukur sebab dikurniakan famili dan kawan-kawan macam anda semua. Aku pernah bayangkan macam mane lah kalau hidup kat rumah anak yatim, tak de famili. Macam sebatang kara. Tak tawu macam mana aku nak hidup kalau macam tu. Kalau masa raya mesti sedih. Mesti diorang sangat kuat, kan? Aku sangat respek diorang.

Macam tu lah jugak Rasul junjungan kita, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Jom kita berselawat untuk baginda.

Sunday, December 11, 2011

Day 06 → Something you hope you never have to do.

Easy.

Hurting all the person that I love and care in every form: verbally, physically or emotionally. Or seeing them being hurt.




Love hurts

Thursday, December 8, 2011

Day 05 → Something you hope to do in your life.

Wow, banyak tu!

Wishlist lah lebih kurang kan.

Ade banyak benda yang aku selalu berangan nak buat, tapi tak tawu lah sempat ke tak.


  • Bina rumah yang paling best dan selesa untuk mak ayah aku, siap ada butler ngan drebar, insyaallah kalau banyak duit nanti.
  • Bukak bakery sendiri, yang pekerja dia pakai cosplay tapi menutup aurat, jual kek-kek, pastry-pastry yang sedap!
  • Tunaikan haji dan Umrah bilamana mampu dan ada 'teman' ehehe.
  • Pergi Eiffel Tower kat Paris waktu malam, pastu jalan-jalan dengan suami [ceewaah] kat jalan dia dua orang [orang kata Paris romantik waktu malam].
  • Duduk kat luar Malaysia untuk beberapa ketika untuk rasa culture negara lain.
  • Kalau boleh, first time aku bercinta tu, orang tu lah yang akan jadi suami aku. Tapi Allah je tahu jodoh kita kan.
  • Mungkin benda ni macam kelakar kalau tulis kat sini, tapi aku nak merasa kawan-kawan buat surprise birthday party untuk aku.
  • Birthday jugak, aku nak merasa romantik celebration oleh orang tersayang. [Ni memang impian dari kecik ni hehe]
Eiffel tower

Rasenye tu je lah benda yang aku boleh fikir sekarang. Padahal dia tanya something, bukan many things kan. Banyak lak yang aku list kan hehe.

Wednesday, December 7, 2011

Day 04 → Something you have to forgive someone for.

Hurmmm... Soalan agak susah ye disitu. Biar aku bagi satu perkataan --> buli.

Dari tadika lagi, aku selalu kena buli. Mak kate, aku ni dah lah kememeh, suke nangis, pastu budak-budak laki yang naik van dengan aku selalu buli aku, balik rumah nangis-nangis.

Kat sekolah rendah pun, mase baru pindah Shah Alam, aku selalu kena buli jugak. Dengan budak van aku jugak. Laki jugak. Yang sama kelas dengan aku pulak tu. Budak-budak memang nakal kan mase sekolah rendah. Aku tak tawu lah nape diorang selalu buli aku. Selalu ejek-ejek aku. Amek barang aku. Pernah sekali tolak kepala aku sampai kena tingkap, kena bucu. Sekolah punya tingkap dulu, ingat lagi tak macam mana?

ha macam ni
Mase tu pon balik rumah aku selalu nangis-nangis sebab kena buli. Cikgu pulak, letak aku duduk kat group yang selalu buli aku tu. Lepas tu, nak dijadikan cerita, pakcik aku ni mata-mata gelap. Beliau ada gari. Die pergi sekolah tu warning budak-budak yang selalu buli aku. Diorang takut, tapi kejap je. Lepas tu diorang buli jugak, tapi aku dah berani melawan.

Sampai pernah sekali, cikgu kena panggil kiteorang ke depan kelas, suruh minta maaf antara satu sama lain sebab bergaduh. Tu pun kesan dia kejap je. Sampai lah aku pindah kelas 2nd masa darjah 4, baru lah diorang betul-betul stop buli aku.  Mase tu maybe dah matang SIKIT kan.

Yes, aku masih ingat perkara tu. Nak suruh aku sebut nama penuh sorang-sorang pun boleh. Tapi aku dah maafkan mereka. Tu lah kenangan namanya =)

Masuk sekolah menengah, buli jugak, tapi dalam form yang lain. Penderaan emosi. Cewah ayat nak sedap je hehe. Mase ni, budak lelaki batch aku panggil aku Albert. Sebab badan aku besar. Mula-mula sorang je panggil, last-last sume orang panggil aku nama tu. At first, aku sedih jugak lah. Sape tak sedih kan. Lama-lama aku dah dapat telan. Dah immune. Kadang-kadang aku rasa diorang saje psiko nak buat aku marah, tapi aku gelak kat diorang. Yep, aku memang pelik. Tapi, benda tu buat inferiority complex aku meningkat. Sampai sekarang. Sebab tu aku rasa aku ada commitment issue. Sebab tak yakin dekat diri sendiri.

Guys, kalau korang ada ejek atau psiko mana-mana girls masa sekolah dulu, walaupun niat korang hanya nak berseronok atau bergurau, aku minta tolong lah pergi minta maaf kat mereka. Kalau ada niat tapi tak buat lagi please jangan. Memang nampak muka diorang tak kisah, tapi dalam hati, menusuk beb!

Mungkin mereka dah maafkan korang, tapi kesan benda tu takkan hilang sampai bila-bila. Ni kata-kata dari pengalaman sendiri ni.

So, I need to forgive them for the 'buli' thing. Alhamdulillah, aku boleh maafkan diorang. Yang penting, diorang dah matang sekarang. =)

Tuesday, December 6, 2011

Day 03 → Something you have to forgive yourself for.

Banyak.

Tak terkira.

Betul, tak tipu.

Tapi biar lah aku pilih satu.

Saat-saat tak matangnye aku masa kat sekolah menengah dulu, masa aku apart dengan Sarah. Sarah Adiba ye, Bukan Sara Zaini hehe.

p/s: Tekan dulu sebelum proceed =)

Secara jujurnya, aku sedar aku sangatla emo mase sekolah menengah dulu, macam yang aku sebut kat Day 1 tu. Mase sekolah menengah dulu, aku sekolah SBP [Sekolah Berasrama Penuh]. Bukan aku nak riak ke hape, aku just nak mention benda ni, hidup kat SBP bukanlah macam jalan-jalan makan angin kat pekan Port Dikson. Boleh jalan-jalan tepi pantai makan aiskrim. Mandi air laut. Bukan. Petang kene pergi prep. Malam pon kene prep. Disiplin kene tinggi. Masa kena tepat. Kalau tak nanti markah rumah kena potong. Ye, sekolah aku amalkan sistem d'merit. Markah rendah je, kena masuk klinik ni, klinik tu. Ade yang kena kondem. Double standard. HIPOKRIT. Semua tu senario biasa yang dilihat kat sini.

Bagi orang yang kenal aku, korang akan sedar aku lah orang yang paling tak sesuai dengan benda-benda macam ni. Aku bet ade yang terkejut 1st time tawu aku sekolah SBP sebab aku rase aku takde ciri-ciri budak SBP yang berkaliber dan berdisiplin hehe. 

Alamak dah melencong pulak. Balik ke topik asal. Mase sekolah menengah tu lah, aku ade sorang best fren ni. Name die Sarah Adiba. Kiteorang tak pernah sama kelas, tak pernah satu dorm, tapi ajaibnye kiteorang boleh jadi kawan baik. Alhamdulillah sampai hari ni. Insyaallah sampai bila-bila. =)

Dulu aku selalu nak tacing ngan Sarah ni. Gaduh je kerja. Sampai ade orang cakap kiteorang ni macam laki bini. Sikit-sikit gaduh. Tambah lagi dengan environment sekolah yang sangatla pressure. Kadang-kadang sampai  2-3 hari tak bercakap. Pernah tak bertegur sampai berbulan-bulan. Padahal dah OK dah. Cuma ego menguasai diri masing-masing. Sangat lah tak matang mase tu.

Tu lah yang aku kena maafkan diri aku. Aku betul-betul rase ego sampai tak bertegur sapa yang berhari-hari berbulan-bulan tu sangat membazir masa. Kalau boleh aku betulkan past aku, tu lah benda pertama yang aku nak betulkan. JANGAN BAZIRKAN MASA UNTUK MERAJUK PASAL BENDA KECIK. Nanti sendiri menyesal. [note to self]

Dalam 4 tahun ++ kami kenal kat sekolah tu, rasanya setengah amount tu digunakan untuk benda-benda merajuk ni, plus cuti semua-semua. Serius, sayang sangat dengan masa terbuang tu. Tapi tu lah, masa yang dah berlalu mana boleh diulang. Yang penting, aku dapat pengajaran daripada tu.

Dan aku boleh maafkan diri aku untuk tu, sebab dengan izin Allah, kami masih kawan. =)

~~(^_^)~~ I lap you Doc!

Monday, December 5, 2011

Day 02 → Something you love about yourself.

Benda yang aku suka pasal diri aku?

Bersungguh-sungguh buat benda yang aku suka nak buat, walaupon orang lain tak pernah buat.

Contoh paling obvious, memasak. Aku ni jenis yang suka tengok soap opera. Cerita feveret, F.R.I.E.N.D.S. Sampai member-member ngan family aku pon da muak dengar aku asek cte pasal friends je. Banyak jugak lah cerita lain yang aku tengok, The Big Bang Theory, Gilmore Girls, Cougar Town, The Class, dan sebagainya. Masa tengah tengok cerita-cerita ni, mesti ternampak and dia ada mention makanan yang menarik bagi aku, tapi obviously susah nak cari kat Malaysia.

Makanan first yang aku rse pelik kalau orang buat sendiri, Marshmallow.
Lagi, Mac and cheese with chopped hot dogs.
Kek-kek, cupcake, creampuff, kuih-kuih macam macaron, crabcake dan sebagainya.

Lagi satu, piñata. Haa kejadahnye benda tu? meh aku bagi demo

patrick tu lah piñata nye

Kirenye lah kan, kalau aku betul-betul nak, aku akan try buat sampai aku dapat. Maybe yang first tak sesempurna mana, tapi cuba lagi. =)

Sunday, December 4, 2011

Day 01 → Something you hate about yourself.

Benda yang aku tak suka kat diri aku?

Ada banyak. Salah satu ==> Mood swing

Yes, bagi kebanyakan yang kenal aku, aku nampak macam stabil je all the time. Tapi ada time yang aku akan jadi terlalu sensitif, especially kat orang-orang yang aku sayang. Benda kecik pon nak kecik hati. Dari dulu sampai sekarang, benda tu aku try nak kawal, now I'm better tapi benda tu tak de lah hilang sepenuhnye.

Kadang-kadang masa aku moody, aku akan cakap benda yang menusuk kalbu. Aku sedar benda tu memang menyakitkan hati orang, tapi aku buat jugak. Tapi lepas tu aku menyesal gila. Tapi orang Melayu kata

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa."

Literally badan binasa. Pernah sekali masa aku sekolah menengah, balik rumah BBM [Balik BerMalam]. Amende tah aku gaduh dengan Mayah. Aku marah Mayah. Aku cubit dia. Mayah tu pulak keras hati. Dia sedih aku marah dia, tapi tak tunjuk. Kebetulan kat tangan dia ada guli. Dia baling guli tu, kena gigi aku. Berserpih. Sampai sekarang macam tu lah gigi aku.

Tengok tu, ada lekuk kan?


Tu lah akibat mood swing aku ni. Aduyai [tepuk dahi].

Cabaran 30 hari

tadi, aku tengah melayari internet. Kemudian, aku terjumpa benda ni!






Yep, memang agak bz sekarang, tapi aku nak try buat benda ni untuk alihkan perhatian daripada fikir benda bukan-bukan hehe. Starting withh... today!


Day 01 → Something you hate about yourself. 
Day 02 → Something you love about yourself. 
Day 03 → Something you have to forgive yourself for. 
Day 04 → Something you have to forgive someone for. 
Day 05 → Something you hope to do in your life. 
Day 06 → Something you hope you never have to do. 
Day 07 → Someone who has made your life worth living for. 
Day 08 → Someone who made your life hell, or treated you like shit. 
Day 09 → Someone you didn’t want to let go, but just drifted. 
Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know. 
Day 11 → Something people seem to compliment you the most on. 
Day 12 → Something you never get compliments on. 
Day 13 → A band or artist that has gotten you through some tough ass days. (write a letter.) 
Day 14 → A hero that has let you down. (letter) 
Day 15 → Something or someone you couldn’t live without, because you’ve tried living without it.
Day 16 → Someone or something you definitely could live without. 
Day 17 → A book you’ve read that changed your views on something. 
Day 18 → Your views on gay marriage. 
Day 19 → What do you think of religion? Or what do you think of politics? 
Day 20 → Your views on drugs and alcohol. 
Day 21 → (scenario) Your best friend is in a car accident and you two got into a fight an hour before. What do you do? 
Day 22 → Something you wish you hadn’t done in your life. 
Day 23 → Something you wish you had done in your life. 
Day 24 → Make a playlist to someone, and explain why you chose all the songs. (Just post the titles and artists and letter) 
Day 25 → The reason you believe you’re still alive today. 
Day 26 → Have you ever thought about giving up on life? If so, when and why? 
Day 27 → What’s the best thing going for you right now? 
Day 28 → What if you were pregnant or got someone pregnant, what would you do? 
Day 29 → Something you hope to change about yourself. And why. 
Day 30 → A letter to yourself, tell yourself EVERYTHING you love about yourself