Pertama oleh semua [direct translation ntok "first of all"], aku nak mintak maap untuk post sebelum ini kerana agak emosi. Jadi sila abaikan ye.
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Aku benci bila tiba-tiba perasaan suka datang. Kali ini dekat kau. Bukan orang lain, kau! And aku harap ia tak berpanjangan sebab aku tak nak hilang lagi sorang orang kesayangan aku.
Bro aku cakap, cakap kat diri sendiri yang dia tu bukan untuk kita. Aku cuba. And aku berjaya. Semalam. Aku harap esok lusa tulat tubin minggu depan bulan depan pon aku berjaya.
Betullah orang kata, perempuan dengan lelaki ada magnet. Berlawanan kutub. Kutub utara kutub selatan [ada ke orang kata macam tu? O.K teori sendiri]. Walau macam mana kita rasa kita tak akan fall untuk seseorang tu, kita akan tertarik juga antara satu sama lain. Tak semestinya banyak. Secubit garam mungkin.
Lagi satu, cerita daripada member, saat paling best dalam bercinta adalah masa mula-mula kita suka dekat orang tu. Tempoh yang kita usha-usha dia, baru nak kenal dia, kawan-kawan dengan dia, senyum sorang-sorang bila cakap pasal dia, exited bila dapat tahu benda baru pasal dia. Dunia indah sangat masa tu. Bila dah start in relationship, dah jadi komitmen. [okay ayat last ni ayat commitment loser, iaitu aku hoho]
pernah rasa macam ni tak?
Yang ni, aku pernah rasa. Haha friendship terlebih aktif nampaknya.
Okay kawan-kawan, walau apa pun yang jadi, life must go on. Sekian~
No comments:
Post a Comment
Thank you and have a nice day :)