Friday, July 30, 2010

Mana Nazmi?

Aku melihat jam di dinding. Sudah 15 minit selepas pukul 12. Aku jadi tak sabar. Hatiku berdebar-debar. Seakan-akan menunggu lagi 15 minit itu seperti menunggu lagi 15 jam. Kelas microprocessor yang diajar oleh Encik Ehsan yang baru pulang dari Barcelona sudah tidak menjadi fokus di minda.

"Okey saya rasa sampai sini jelah saya ajar hari ni", ayat yang kutunggu-tunggu akhirnya keluar juga. Cepat-cepat aku mengemas barangku lalu beredar, tetapi dihentikan oleh seorang rakanku.

"Nadia, tengok handset kau"

"Celcom eh? Aku tak bawak yang celcom"

"ohh... ha aku nak tumpang kau boleh? Diaorang pergi PTAR [istilah perpustakaan untuk pelajar UiTM]. Aku sorang-sorang"

"Ohh... okay", memandangkan tempat yang aku tuju searah dengan rumahnya.

Tiba-tiba Sara berkata "Kau tak payah masuk pun tak pe, biar aku jalan sikit"

"Tak pe weh, aku memang nak pergi arah sana pun"

Sara seakan-akan tertanya-tanya kemanakah hala tuju ku yang sebenarnya.

"Haa... kau nak pergi tengok wayang ehh?? Elele... ", kata Sara apabila mentol diatas kepalanya sudah menyala seperti dalam cerita kartun apabila orang mendapat idea.

"Haah", jawabku, ringkas.

----------------------------------------------------------

Selesai menghantar Sara, aku meneruskan pemanduanku ke destinasi yang dituju. Tidak sabar rasanya untuk menonton filem itu. Inception. Dengan kehadiran heronya yang hensem Akan tetapi jalan jam pula. Tidak mengapa. Masih sempat. Bisik hati kecilku supaya aku memandu dengan berhati-hati.

Apabila sudah tiba ke destinasi dan parkir kereta, aku berjalan laju, hampir-hampir berlari ke panggung wayang untuk mengejar waktu. Waktu pada masa itu sudah 1.20 dan tayangan cerita Inception pukul 1.30. Pasti ada iklan dahulu sebelum cerita. Membuat aku mengambil keputusan untuk menunaikan kewajipanku sebagai seorang muslimah dahulu sebelum melangkah ke alam fantasi itu.

--------------------------------------------------------------

Sedang aku khusyuk melihat Leornado Dicaprio beraksi, handphone aku bergegar-gegar menandakan panggilan masuk. Mujur aku meletakkannya pada mode silent. Kalau tidak, pasti kedengaran lagu spongebob squarepants yang pasti menganggu tumpuan seisi penonton.

Aku tidak berhasrat untuk menjawab panggilan tersebut, cuma memberi pesanan ringkas mengatakan bahawa aku sedang menonton. Mak bertanya bolehkan aku mengambil Nazmi, adikku dari sekolah petang ini, tepat jam 3.45. Aku pun tanpa berfikir panjang terus setuju. Kerana pada perkiraanku, masih ada lagi 10 minit selepas cerita itu berakhir untuk aku ke sana.


----------------------------------------------------------------------------
Biar aku terangkan apa sebenarnya yang patut aku lakukan pada petang Rabu. Nazmi pergi sekolah agama, dan aku akan mengambil dia jam 3.45 dan menghantarnya ke sekolah kebangsaan kerana ada ko-kurikulum.
-----------------------------------------------------------------------------


Akan tetapi, aku tersilap pengiraan. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh menyangka 150 minit itu sebagai dua jam, walhal sebenarnya dua jam setengah. Jika aku mula menonton pada jam 1.30, pasti cerita itu akan berakhir pada jam 4 petang. Aku cuba menghubungi mak tetapi tidak berjaya. Beliau sibuk mungkin. Aku sudah menggelabah, tetapi sempat lagi pergi ke kedai bawah untuk membeli lasagna yang sudah sekian lama aku idamkan.

Aku memandu selaju mungkin tetapi masih berhati-hati. Setibanya di sekolah Nazmi, kulihat kawasan menunggu itu kosong. Hanya ada seorang bapa lain yang menunggu anaknya. Kulihat jam di dashboard kereta, sudah 4.15 petang. Hatiku jadi tak keruan. Aku keluar dari kereta menjenguk-jenguk kedalam sekolah, dengan harapan aku nampak Nazmi menunggu dimana-mana. Tetapi hampa, jangan kata Nazmi, bayangnya pun aku tak nampak.

Aku cuba lagi menghubungi mak, dan kali ini berjaya.

"Mak, Mi takde mak!", kataku separuh menjerit.

"Ha, along kat mana ni?"

"Along kat sekolah Mi lah mak, takde orang pun..."

"Eh pulak... entah-entah Mi jalan kaki kot dengan kawan-kawan dia" kata mak, cuba menyedapkan hati.

Aku berharap jangkaan mak benar. Di saat itu, mindaku sudah ligat memutarkan perkara yang macam-macam. Mi diculikkah? Adakah aku akan berjumpa dia lagi selepas ini?

"Tak pe lah along, along balik rumah dulu nanti mak cuba call mi. Tak pon along call mi okay?"

"Mak, along takde no mi, mak bagi no mi kat along" [p/s: henfon tu henfon baru sebab tu tak ada nombor dia]

"Ohh takpelah biar mak call mi".

Klick! 


Masa dirasakan sangat lambat berlalu. Mak tidak pula menghubungiku. Tiba-tiba kedengaran lagu spongebob squarepants dari poket seluarku.

"Along, mak cuba call mi tapi tak dapat"

"Haa macam mane ni?"

"Tak tahu lah along, along balik rumah dulu ehh, mak rasa dia jalan kaki ni"

Tiba-tiba talian terputus. Aku pun terus SMS mak meminta nombor Nazmi dan permintaan aku berbalas. Aku pula cube menghubungi Nazmi. Terus masuk ke voicemail.

arghh!!! aku sudah tidak keruan.


Aku yang kerisauan terus pulang kerumah tetapi melalui jalan yang berkemungkinan akan berjumpa Nazmi. Tetapi hampa. Aku tidak melihat kelibat beliau dimana-mana. Aku pulang kerumah dengan hati yang galau.

Pulang ke rumah, aku terus menikmati lasagna tadi. Aku pun tidak memahami mengapa seleraku untuk makan masih tebal pada situasi sebegini. Sedang aku menikmati lasagna tersebut, mak menelifonku.

"Along, betullah Mi jalan kaki, mak dah dapat call dia tadi"

"Ohh yeke, pandai pun jalan kaki", [err perangai yang tak elok, jangan ikut]. Tetapi aku lega mendapat tahu adikku selamat. :)

"Haah.. Nanti petang nanti along amek die ehh, ni kire denda sebab lambat ambik dia tadi"

"Hehe okey mak"

Barulah aku dapat makan dengan aman. Sekian~

4 comments:

  1. haha..len kali check betol2 time movie tu habis..hehe..
    kan dh kene dende..

    g tgk movie ngan sape??

    ReplyDelete
  2. Ni sama macam tgk karate Kid dulu, orang suruh beli tikit kul 7.45, gi beli kul 9.45. Masuk panggung mcm org bodoh je tgk2 tempat duduk org lain dah duduk. Nasib baik x gaduh ngan org tu. Nasib baik Mayah yg perasan tiket tu salam masa atau along salah beli tiket.

    ReplyDelete
  3. tiqa : hoho nk wat cane saye manusia biasa...

    mak: hehehe... ;)

    aloy : define dasyat?

    ReplyDelete

Thank you and have a nice day :)