Thursday, July 15, 2010

Tak bawak henfon 1

Assalamualaikum... [bro Apit aku a.k.a penulis sahaja ajar bagi salam, lagi afdal]
Anda anda semua, saya nak cerita. Sebelum tu, saya nak tanya:


Macam mana anda-anda definisikan hari yang menyerabutkan dalam hidup anda? 

Mari saya beri satu contoh. Anda bangun seperti biasa hari itu. Ada kelas pagi pukul 8.30. Kebiasaannya anda memang bertolak dari rumah pukul 7.50 - 7.55 macam tu lah walaupun fakulti korang [korang pulaaakk] hanya 3 minit dari rumah korang. Nak rebut parking. Serius weh, kalau korang gerak pukul 8, memang jauh lah kena parking. Tak sanggup den. Tapi nak dijadikan cerita, tak ada parking dekat parking lot yang terdekat dengan fakulti korang. Jadi korang parking lah jauh sikit. Kena jalan. Berpeluh-peluh padahal bukan marathon pon.

Lepas tu, masuk-masuk kelas, semua orang dah ada kecuali korang. Nak duduk mana? Hentam sajalah labu. Bila lecturer masuk nak mengajar, dia suruh keluarkan macam-macam. Buku teks lah, past years lah. Agak-agak korang ada tak benda-benda tu? Mestilah xada. Terpaksa lah kongsi dengan orang sebelah. Okay subjek masa tu, statistik. Hari tu belajar probability. Ingat lagi x? Ada yang coin flipping tu. Lecturer suruh semua orang keluarkan coin dah flip coin masing-masing. Bila aku nak flip coin aku [eh aku pulak], dengan rela hatinya dia buat terjun tiruk, jatuh ke lantai, lalu menolong aku mendapat publisiti murahan saat itu. Aku pon dengan muka yang agak tebal tak kurang sepuluh inci buat jari peace kat semua orang.

Bila dah habis kelas statistik, aku nak pergi kelas communication theory. Dengan konfidentnya, aku pon pergi lah ke kelas mengikut apa yang tertera kat jadual aku. Malangnya tak ada satu muka pon yang aku kenal kat sana. Aku dah pelik bin heran. Cari-cari henfon, rupa-rupanya tertinggal kat rumah, tengah cas. Nak buat apa? Henfon tarak, nak tanya siapa? Aku pon teringat yang ada jadual tertampal kat level 9, so aku rujuk lah jadual tu. Rupa-rupanya aku tersalah kelas. Aku pon pergilah kelas yang sepatutnya.

Masuk-masuk kelas, lecturer dah ada. Dia tegur aku sebab aku lambat, speaking kot. Aku pon gunalah skil English MUET aku yang band 3 tu, konon cakap berabuk macam hebat tapi tak pon. Bila dah dapat tempat duduk, kerusi xada. Aku pon keluar lah cari kerusi. Lepas tu belajar macam biasa.

Habis kelas communication, aku dah tak ada kelas. Aku nak balik rumah lah, nak pergi mana lagi. Bila aku pergi ke kereta aku, ada kereta lain double park depan kereta aku, mentidakbolehkan aku keluar. Pickup truck. Dan bertambah sedih lagi bila pemilik pickup truck itu mengangkat handbreaknya, menyebabkan kereta tersebut tidak boleh ditolak seperti yang biasa aku buat. Belek punya belek, adalah ditinggalkan no henfon pemilik pickup truck itu. Akupon keluarkan henfon aku lalu mendail nombornya. Wait wait, aku kan tak bawak henfon. So aku kebingungan mundar mandir disana memikirkan macam mana lah nak kontek pemilik pickup truck itu. Rasa macam nak pergi je kat sesiapa yang ada kat sana mintak henfon mereka, tapi akal waras aku tak membenarkan aku buat macam tu. Yelah, cuba korang bayangkan, kat parking lot tiba-tiba ada stranger mintak henfon korang, agak-agak korang nak bagi tak?


to be continued...

4 comments:

  1. huaaa. kesian gile kat lu harini.

    ReplyDelete
  2. kisah benar ye nadia.huhu.kesian2.

    ReplyDelete
  3. weh, ni yg ari kames arituh eh??gle tragic! tuka la klas qmt blik hukk

    ReplyDelete
  4. bro: bukan ari ni, ari slase la pit...

    k.farah: huhu agk ahh...

    nad: bukan bukan ni ari slase... ari kames tu pnat buat lab je hehehe...

    ReplyDelete

Thank you and have a nice day :)