Kesimpulannya, aku xde lah pergi mintak henfon orang lain. Bila dah berfikir masak-masak asam pedas, aku teringat lah ada coin dalan kereta aku, lalu aku catat nombor pemilik pickup truck tersebut atas kertas dan berhajat nak pergi ke public phone nak call pemilik pickup truck tu. Tapi sebelum sampai ke destinasi, ada lah sorang brader ni tegur aku "kak akak nak keluar tapi kereta saya block eh?". Aku pon jawab "pickup truck tu ke, haah". Lalu dia pon cepat-cepat bergerak ke keretanya untuk mengalihkan menatang tersebut, sambil cakap kat aku "sori lah kak pagi tadi penuh saya tak tahu nak parking mana". Aku pon dengan cool nya jawab "xpe lah pagi-pagi memang penuh pon".
[FYI aku memang suka pickup truck mmg berangan nak beli someday sbb tu asyik mention pickup truck instead of 'kereta' biasa hehehe]
Itu kisah pagi. Sekarang aku nak cerita kisah petang pulak. Petang tu ada pemilihan badminton untuk SAF [Sukan Antara Fakulti]. Aku dimaklumkan untuk pergi ke Kompleks Sukan pukul 5 untuk buat pemilihan. Aku dengan Wawa. Kami pun tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul. Memang lah, baru pukul 5 petang, mana ada bulan. Kami tunggu setengah jam, tapi macam tak ada orang. Aku pon bagi lah henfon aku kat Wawa, suruh beliau call akak yang incharge tu [cewahh da bwk henfon!!]. Rupa-rupanya, beliau tersalah inform kami, sebenarnya pemilihan tu dibuat di Dewan HEP, bukan Kompleks Sukan. Kami pun bergerak lah ke Dewan HEP.
Dan sekali lagi, kami tungu punya tunggu, kami tak dapat main sebab hari tu turn staff untuk main kat Dewan HEP tu, dorang tak maw bagi can kat student untuk main. Kami pon tunggu [lagi] kat luar dewan sambil usha pakcik-pakcik tu main tenis. Hebat woo! Tangan kuat gile. Aku pernah main tenis dullu tapi serv pon 2 3 kali baru lepas. Hahaha. Dah nak maghrib baru akak tu decide, beliau kata budak perempuan maybe semua dapat masuk sebab penyertaan tak ramai. So penantian kami tadi tu sememangnya lah pointless. Membazir masa. Baik aku main petanque tadi [tak tahu sila google].
Hari yang sangat panjang. Nasib baik lah malam tu tak ada apa-apa yang pelik berlaku. Cuma meronggong pergi I-City je berjalan-jalan makan angin. Tak sangka malam-malam kat Shah Alam ni sejuk jugak ye. Akak sedare aku a.k.a Kak Nor macam terkesima tengok I-City. Siap confess ag "Tiba-tiba bangga jadi rakyat Malaysia sebab ada tempat yang cantik macam ni". Aku gelak jelah.
Aku nak ucap terimakasih kepada sesiapa yang berjaya baca setiap ayat sampai sini. Ada member aku, Nadiah KZ a.k.a Mawar cakap beliau suka baca blog aku. Sangat terharu okay! Kalau orang kata dia baca blog aku pon aku dah cukup terharu, apatah lagi kalau orang tu kata dia suka baca blog aku. Lagi satu ada orang kata beliau suka layout baru blog aku. En Aizzat. hahaha perluke mention nama semua orang?
Tenkiu semua, I lap u ol! =D
No comments:
Post a Comment
Thank you and have a nice day :)